August 21, 2014

Diary August

Sungguh pantas masa berlalu,

Rasa macam baru lagi aku register untuk menyambung pengajian, waktu daftar dulu bulan september 2013 sekarang sudah hampir masuk ke bulan September 2014. Hampir setahun. Ini bermakna baki lagi setahun pengajian. Debaran semakin terasa dengan banyakknya perkara yang aku harus fokus.

Bebanan projek sedikit memberi tekanan mental dan fizikal kepada aku. Aku demam hampir dua minggu selepas raya dan baru-baru ini pula aku diserang gastrik. Seperti biasa orang yang paling bimbangkan aku adalah mak aku.

Aku orangnya sangat menjaga bab pemakanan dan waktu makan. Mungkin ada sehari aku terlewat makan kerana seharian berada di libary dan malas nak ke cafe. Kawan aku memang boleh dikatakan setiap minggu gastrik dan ambil MC. Mungkin tahap stressnya lebih tinggi. Selalu menangis dan selalu rasa mahu putus asa katanya.Pernah juga ibunya membawanya berjumpa kaunselor kerana keadaan tekanannya yang agak membimbangkan. Alhamdulillah setakat ini dia masih meneruskan projeknya.

Apabila aku stress caranya menangis, berjogging, memasak, luahkan pada teman, baca buku dan yang paling efektif adalah muhasabah diri dan baca Quran.

Dengan amanah empat projek master yang aku harus selesai dan memikirkan agak mencabar diri aku. Inilah masanya aku mencabar diri aku. Kadang-kadang aku jadi kuli kadang-kadang aku jadi bos. Cabaran juga bagi aku kerana yang membantu projek aku semuanya lelaki. Bila fikir balik tentu ada hikmahnya. Kebanyakan kerja diladang merekalah yang banyak membantu. Mereka jugalah yang menjadi pemandu dan membawa aku ke tempat projek. Pernah sekali aku cuba untuk gergaji kayu untuk letakkan label.

" Ini kalau Ina yang potong, aku rasa kita semua balik esoklah gamaknya." Seorang staff berseloroh. 

Mula-mula rasa nak marah juga. Tapi aku cuba positifkan diri. Akhirnya mereka mengajar aku cara gergaji kayu dengan betul.

"Ina, aku tengok tudung hang dah macam gebor." Grr..dia samakan tudung aku dengan selimut?

"Gebor pun geborlah, janji saya tutup aurat." Jawab aku bersahaja.

Mencabar juga seandainya menjadi bos wanita yang perlu mengurusakan kebanyakan pekerja lelaki. Mungkin Allah nak bagi traning awal-awal. Mana tahu selepas ini jadi bos kan? hihi..perasan.

Buat masa sekarang aku tengah setup untuk projek kedua dan menulis thesis. Hari-hari membina semangat yang kadang-kadang runtuh. Tetapi tetap yakin aku mampu melakukannya dengan ada-Nya.

Buat rakan-rakan dan adik-adik yang rasa nak putus asa belajar. Lihatlah orang-orang yang sukses. Jika mereka boleh kenapa kita tidak?

Permulaan meraka seperti kita juga.

Mana mungkin tanam jagung hari ini, esok sudah mahu tuai. Itu semua proses. Bersabar.

Bila sakit, itu perkara biasa. Proses untuk kesembuhan hati dan juga kafarah dosa. Pesan Nick. jika ada  masalah berkongsilah dengan teman terdekat dan jumpa kaunselor jika perlukan nasihat.

Nikmati proses perjalanan hidup dengan penuh kesyukuran.

Buat teman yang dirindu dan dirahmati Allah,

Usah dilihat pada pada kejayaan orang lain dengan kecemburuan, lihatla dengan mata hati yang penuh kesyukuran dan keikhlasan. Allah bakal mengganjari kita dengan sesuatu yang lebih baik. Doa tanpa henti kupanjatakan untuk dipermudahkan urusanmu, terima kasih.



Buat Ina Abdullah,

Mungkin kita sering mengulang dosa yang sama,
Tabahkan hati bertaubat tanpa hati,
Mendoakan impian tanpa henti,
Bangun dari mimpi,
Jadikan mimpi itu realiti,
Allah sentiasa menemani disepanjang jalan ini.


Ina Abdullah

No comments: