January 5, 2014

Mummy To be...(Ibu yang Hebat)

Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. (^_^)

Alhamdulillah saya masih menconteng dan mencoret di blog cabuk ni.

Saat ni syukur sangat sebab dua hari weekend ini Allah bagi peluang join majlis ilmu. Bahagia sgttt.

Mummy to be?

hohoho

Belum lagi jadi mummy, jadi honey pon tak lagi.krik2

Pagi ni bersama kakak staff kat ofis ke masjid An-Nur Bangi. Join kuliah wanita Ustazah Hafizah, first time. Maybe entry kali agak panjang sedikit, InshaAllah hopefully kalian tidak bosan membacanya.

Ustazah sampai agak lambat sedikit, katanya kena saman.
Ustazah pesan menjadi pendakwah wanita perlukan kekuatan hati , mental dan fizikal. Pulak jika dah berumahtangga, dengan anak-anak, rumah dan suami.

Ustazah ada share satu hadis Rasulullah berkenaan seorang lelaki berada di neraka dalam keadaan perut terburai, dan perut terburai di sekelilingnya.

Lalu bertanya orang lain,
"Tuan bukankah tuan dahulu yang mengajak kami berbuat kebaikan, dan cegah kemungkaran?"

Lalu dijawab si perut terburai itu,
" Ya aku lah orang itu , akan tetapi aku hanya menyuruh orang melakukan kebaikan akan tetapi aku tidak mengamalkanya, aku cegah kemungkaran, akan tetapi aku yang melakukan kemungkaran itu"

Allahurabbi, Ya Allah janganlah kami tergolong dalam golongan perut terburai itu. (T.T),
Nauzubillahminzalik.






Membina anak-anak generasi Al-Quran

Mak ayah selalu suruh anak-anak mengaji al quran, akan tetapi anak-anak jarang sekali melihat mereka mengaji al quran.

Sama juga, saya rasa satu kesilapan bilamana ibu bapa suruh anak-anak mereka membaca buku akan tetapi mereka sendiri tidak membaca.

Kurangkan memberi arahan, tetapi tunjukkan

Ibu bapa merupakan qudwah terdekat dengan anak-anak mereka.

Pasangan suami isteri dari Indonesia, mempunyai anak-anak 11 orang hampir semua hafiz dan hafizah Al-Quran. Bila ditanya apakah rahsianya,

" Saya bukanlah dari golongan background agama atau guru agama jauh sekali ustaz ustazah. Akan tetapi kami suami isteri mencuba sebaik mungkin menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak, ada sahaja masa terluang pasti akan kami membaca al Quran, tanpa kami memaksa dan menyuruh anak-anak membaca al Quran Allah mengerakkan hati mereka dahulu untuk memahami Al-Quran"

Allahurabbi, besar sekali peranan ibu bapa membentuk anak-anak, bukannya sekadar melepaskan tanggujawab kepada ustaz ustazah sahaja.




Kisah Al Khansa Wanita Bijaksana

Jadilah kita wanita yang memotivasikan anak-anak dan orang lain untuk meneruskan perjuangan Islam. Jadilah kita wanita yang melaksanakan apa yang Allah suruh.

Memotivasikan orang yang terdekat kita, keluarga, suami, anak-anak, sahabat-sahabat.

Kisah Al-Khansa yang menghantar empat anak lelakinya untuk berperang, beliau bukan sekadar menyuruh anaknya untuk pergi berperang, akan tetapi turut serta dalam peperangan itu.

bila mana dia dapat merasakan kerisauan di dalam hati anaknya, lalu dibacakan surah Ali-Imran ayat 200

"Wahai orang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan bersedialah dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya"

Ibu yang hebat meniup semangat jihad kepada anak-anaknya di medan perang.Allahuakhbar.

Bilamana peperangan bermula, kelihatan kilatan cahaya mata pedang yang menggerunkan, dan dia merasakan kebimbangan dalam hati anak-anaknya. Lalu dia menyampaiakan syair, memberi semangat kepada anak-anaknya.

Anggaplah kilatan mata pedang itu cahaya syurga untuk kita terus ke syurga.

Allah membenarkan keempat-empat anaknya syahid. Di saat itu Al-Khansa tersungkur sujud kesyukuran.

Dan Al-Khasa berkata, dan kata-katanya dipelihara Allah, kata-kata yang sungguh Mahal dari hati dan sangat Inspire.

"Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah kerana memuliakan aku dengan kematian anak-anakku ini dan aku memohon pada Allah untuk menghimpunkan kami di dalam limpahan lembayung syurgaMu Ya Allah"

MashaAllah hebat sekali didikan dan cara tarbiyah Al-Khansa kepada anak-anaknya.

Ya Allah ku mohon bimbinglah aku, persiapkanlah daku untuk menjadi ibu yang bermanfaat kepada anak-anakku kelak, bukan sekadar membesarkan dan menjaga mereka, akan tetapi menjadi ibu yang meniupkan semangat perjuangan, mentarbiyah dan menunjukkan qudwah yang terbaik untuk mereka. Bukan sekadar menjadi ibu yang hanya tahu berteori semata-mata. Persiapkan dirimu wahai diri, teruslah menggali ilmu sebanyak yang mungkin.



Munajat mendapat Tiga kemuliaan

Tuhanku, 
sekiranya Engkau terima taubatku, Engkau ampunkanlah dosaku
Maka engkau muliakanlah aku Ya Allah,
Supaya dapat memahami hatta hafazan
agar aku dapat memahami segala ilmu,

Muliakan aku dengan suara yang lunak Ya Allah,
Sehingga sesiapa yang mendengar bacaanku
bertambah gementar hatinya walaupun
hatinya keras

Dan muliakanlah aku dengan rezeki yang halal,
dari jalan yang tidak disangka-sangka,
sesungguhya engkau Maha mengetahui,


Moga bermanfaat, IshaAllah

Engkau saksikalah Ya Allah aku telah sampaikan
 setiap bait tulisanku menjadi saksi untukku di sana kelak,



Aku bukan Ustazah,
Aku hamba Allah

No comments: