May 18, 2013

Design Jodoh

"Awak saya nak kahwin tapi saya tak ada calon, macam mana ni?" seorang kawan saya meluahkan isi hatinya,

"awak nak jodoh yang macam mana" adeh..saya dah macam Dr. Jodoh pulak.

" Saya nak orang yang baik yang boleh membimbing saya".

Sewaktu memikirkan jawapan terbaik yang dapat saya berikan untuk kawan saya terjumpa link, perkongsian dari Prof. Dr Muhaya berkenaan  Reset minda orang yang mendapat jodoh. Apa yang disampaikan oleh Prof lebih kurang sama dengan apa yang disampaikan oleh naqibah saya sebelum ini. Saya rasa perlu untuk dikongsikan, semoga segala yang baik datang dari Allah ini dapat membantu serba sedikit.

Allah telah menetapkan jodoh kita sewaktu di alam roh sebelum kita dilahirkan ke dunia ini lagi. Kita anggap jodoh kita itu sememangnya ada Allah tetapkan.

Kita menarik seseorang dalam hidup kita berdasarkan mangnet apa yang ada di dalam diri kita. Jika kita orang baik sentiasa berfikiran positif, maka kita akan menarik orang yang baik sebagai jodoh kita.

Hanya satu sahaja jodoh yang Allah tetapkan untuk kita. Begitu indah yang Allah tetapkan, berjuta-juta atom di dunia ini namun hanya satu atom sahaja yang berlanggar. dan atom itu adalah jodoh kita.

Jangan hanya sibuk berfikir ingin berkahwin tetapi sibukkalah untuk perbaiki diri kita terlebih dahulu. untuk menjadi isteri yang baik kita perlulah sibuk mencari ilmu, betulkan akidah, tingkatkan ibadah,jaga akhlak, jaga aurat dan sebagainya.

Ingat!
Orang yang akan tertarik dengan kita bukan hanya sekadar dengan rupa kita yang penuh make up, pakaian kita yang kononnya fesyen trendy blink-blink bagai, tetapi orang akan tertarik dengan sikap dan akhlak kita. Tidak perlu untuk terhegeh-hegeh mengejar sesuatu tetapi jadilah  diri  kita magnet yang akan menarik semua perkara di sekeliling kita bukan sekadar jodoh, akan tetapi kasih sayang, kewangan, kerjaya, kesihatan dan sebagainya.

saya yakin, kekuatan rohani adalah lebih kuat dari kekuatan fizikal. Kekuatan rohani itu adalah tarbiyah!

Naqibah saya pernah mengingatkan saya.
" kekuatan fizikal yang kita guna hanyalah 20% sahaja, selebinhya adalah kekuatan rohani atau spiritual kita 80%"

Kawan ku, 
Usah risau jika jodoh kita belum sampai, percayalah jodoh itu telah pun Allah tetapkan, cumanya Allah menunggu kesediaan kita untuk diberi jodoh itu.
Jom sama-sama kita ubah diri kita ke arah kebaikan dan persiapkan diri  sebelum kita sibuk memikirkan tentang perkahwinan itu, kerana perkahwinan itu memerlukan ilmu dan kesediaan diri.

To life we need water, no meaningful life we need Silence.


Jagalah ibadah, akhlak  dan pertingkatkan ilmu..peringatan untuk diri saya juga,
Jika jodoh kita lambat, bermungkinan solat kita selalu dilambatkan.
Mungkin kita boleh cek balik amalan harian kita.


Kita bertanggungjawab menjadi mangnet yang baik yanga kan menarik suami isteri yang baik, keluarga yanga baik, anak yang baik, keluarga mentua yang baik..kita nak semua mendapat kebaikan dan redha Allah.

Matlamat untuk berkahwin bukan sahaja untuk mendapatkan suami atau isteri sahaja, tetapi jadikanlah perkahwinan itu sebagai tiket  untuk menuju syurga dan redha Allah.

Tafsiran Cinta 

L.O.V .E

L: Listen--> mendengar dan memahami pasangan
O: Overloook--> Jangan terlalu melihat kekurangan pasangan, tetapi lihatlah pada kelebihannya.
V: Vast Up--> Suburkan rasa cinta itu dengan sebaiknya.
E: Effort--> berusaha untuk menjadi pasangan yang terbaik

Mungkin agak nampak pelik, tetapi ini suggestion dari Prof Muhaya dan Naqibah saya juga. Kita design bagaimana jodoh kita itu.

Contoh:
nak jodoh alim, baik, pembimbing,sabar dan sebagainya.
Cuba kita cek balik desing itu, then compare dengan diri kita. Jika kita ingin jodoh yang alim bagaimana dengan diri kita cukupkah kita menjaga ibadah dan akhlak kita?
Kita nak yang pembimbing, tetpai sudahkah kita membimbing diri kita sebaiknya?

Sedikit perkongsian, mungkin saya bukan selayakknya untuk berkongsi, tetapi nak berkongsi jugak..heheh^^
Bercinta sampai ke syurga

Moga Allah mengurniakan Jodoh yang bakal membawa kita menuju Redha Allah,

Kawanku mungkin, post ini tidak seberapa memuaskan hatimu, namun harap ianya dapat membantu.
Insyallah..

Moga awak cepat dapat jodoh dan kawen (^___^)

http://www.youtube.com/watch?v=uTVli7qDz5w---------> ini link Prof. Dr Muhaya

No comments: