August 26, 2015

Bajet Suci

Bila ujian datang bertalu-talu. Mulalah datang putus asa. Jiwa tepuruk



Lalu ada yang berkata,

" Bahagia bukan jika hidup ini tanpa dihambat sebarang permasalahan?"

" Lalu bagaimana Tuhan akan menguji keimananmu?"

Lihat surah al-Ankabut, 2:3


Jangan rasa diri terlalu suci untuk tidak diuji. Saat kita ditimpa pelbagai ujian. Sedarlah saat itulah waktu yang terbaik untuk kembali kepada Tuhan.


Ujian itu dirasakan semakin sukar dan apabila ianya sudah " attach" dengan perkara keduniaan dengan kuat.Terlalu kuat.

Jika sekadar mencari kebahagian di dunia yang sementara ini kita berada di tempat yang salah. Dunia ini sememangnya Tuhan telah reka untuk mejadi tempat medan ujian dan menguji hati-hati.

Untuk menilai saatnya siapa yang akan hanya meletakkan pergantungan total hanya pada Tuhannya.


Apabila kecintaan dan kecintaan diletak pada diri manusia yang sementara maka ia menjadi lebih teruji.

Letakkan kepada yang kekal, yang tidak pernah tidur dan yang sentiasa akan bersama walau apa jua keadaan.



" Saatnya merasa sudah tiada harapan, Tuhan sentiasa datang dengan penuh harapan."



Ujian ini bakal tamat, dan bersedia untuk ujian yang lain.

Doa jangan pernah tercicir saat sukar dan senang.


InaAbdullah
27082015

January 19, 2015

E-Book : PIAN DAN ABAH

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..salam kebahagian dan kedamaian semua. (^_^)

Entah bagaimana penulisan yang merapu dan meraban saya ini jadi pulak E-book. Sudah lama nak kongsi. Tapi tak terkongsi. Nak buat buku tiada siapa sudi terima manuskrip. haha

Jadi lagi bagi bagus buat saja E-book bagi orang baca.

Free je. Tak jual dan tak layak untuk dijual pun. Ngehh


Sesiapa yag berminat boleh isi form dengan klik di sini




Terima kasih semua.

Salam sayang dari


October 19, 2014

Kesembuhan

Kesakitan yang sering berulang,

kadang-kadang fizikal lesu,
Iman lagilah lemah,

Sungguh,
Tiada lagi yang perlu dirungutkan,
Hanya ucapan syukur meniti dibibir,

Saatnya kesakitan yang sedikit ini kuharapkan mampu meruntuhkan dosa-dosa lalu yang menggunung tinggi,



Tuhan,

Jika takdir masa aku lebih panjang didunia ini maka engkau berilah kesembuhan kepadaku,
Engkau angkatlah segala kesakitan yang menjauhkan aku darimu,
Agar aku dapat beribadah kepada-Mu dengan sempurna,


Jika telah tiba masanya aku menemui-Mu,
Maka engkau ampunilah segala dosa-dosaku,
Engkau terimalah taubatku dan segala amalanku,

Tuhanku,
Kuharapkan rahmat-Mu,
Pengakhiranku Husnul Khatimah,

Tuhan,
Andai kesembuhan bukan miliku,
Maka hadiahkanlah aku dengan penawar kesabaran,
Agar aku terus menjadi hamba-Mu yang sabar dan redha.


Bersabarlah wahai diri, Insya-Allah Allah akan memberi kesembuhan kelak.

Besabarlah Ina Abdullah,

Jika benar Abdullah, maka bersabarlah.

Alhamdulillah

Terima Kasih Allah


:")


October 13, 2014

Jom Bina Masjid

Dua orang sahabat bertemu tanpa disengajakan di masjid, kebetulan malam itu ada kuliah maghrib.

" Kau sihat?"

" Tak aku tengah cedera parah."

Dia terkejut. Lalu memerhatikan susuk badan sahabatnya. Kelihatan dia sihat saja.

" Kau cedera bahagian mana? Aku tengok kau ok saja." Dia hairan.

" Aku cedera disini." Dia menunjukkan bahagian dadanya.

" Iman aku sedang cedera parah. Kerana itulah aku disini. Disini hospital untuk iman aku." Jawab sahabatnya bersahaja.

Dia terdiam merenung hikmah sahabatnya.

***

Sungguh,

Antara golongan manusia yang dinaungi Arasy Allah adalah orang-orang yang cintakan masjid. Jika rasa hati sering tidak tenang. Susah untuk menangis kerana kerasnya hati. Mahu mendamping orang-orang soleh.  

Ringankan dan hanyunkan kaki ke masjid.

Allah tahu niat kita,
Allah tahu apa kita mahu,
Allah tahu kita sakit apa,
Allah tahu apa ubat untuk kita.

Tidak mustahillah jika Rasulullah pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang tidak mahu solat berjemaah di masjid.

Masjid mampu membina dan membangun iman yang runtuh
Masjid mampu mendisiplinkan diri
Masjid mampu memberi kerendahan hati
Masjid mampu membuat hati menangis.




Jika belum mampu membina masjid, maka rajin-rajinlah untuk ke masjid.


Salam sayang dan kerinduan buat semua dari saya

Ina Abdullah. (^_^)

October 12, 2014

Kehebatan dan kemuliaan aku.

Saatnya semua orang memandang aku mulia dan penuh kehebatan, tidak sedarkah kalian itu semua kehebatan Tuhanmu?

Allah menutup aib dan noda dosa aku dengan kemuliaannya.

Sesesungguhnya secebisan kemuliaan pun tidak layak buat hamba pendosa ini.

Andai kalian tahu hakikat sebenar diri ini, mungkin memandang aku pun kalian tidak sanggup apatah lagi memuji aku melambung tinggi.

Saat kalian memuji aku melambung tinggi, kalian sedang melambung dan melemparkan aku ke dalam relung api neraka.

Apa yang kalian puji dan lihat itu adalah  kehebatan Tuhanmu sendiri yang disandarkan pada hamba-Nya bagi menutup aib.

Saat ada memuji,aku akan menangis deras,
Aku sedar terlalu banyak keaiban yang Tuhan tutup. Aku malu pada Tuhanku.
Saat ada yang mengeji, aku menangis laju,
Aku sedar terlalu banyak kekurangan diri yang Tuhan ingin tegur dan aku perlu perbaiki.

***

Hakikat diri aku yang sebenar hanya aku dan Tuhan-ku yang lebih  mengetahui. Usahlah kalian terlalu taksub dengan aku yang palsu ini. Taksublah dengan kekuasaan dan kehebatan Tuhanmu.
Kerana aku tidak mampu memberi hidayah apatah lagi menjamin syurga buat kalian. Namun Allah mampu memberi setiap redha dan hidayah buat hati yang meminta.
Sedarlah jika asyik megejar penghargaan dan kemuliaan dari manusia dan relung hati dipenuhi dengan ujib dan riak. Amal pahala sedang hilang sedikit demi sedikit dan ianya ibarat yang membakar kayu bakar.

Allah andai kami diuji dengan pujian, sedarkan kami untuk segera kembalikan pujian itu kepada-Mu.

Kurniakanlah aku sepasang mata yang sentiasa mengalir air mata dengan kerendahan hati kerana takut kepada-Mu,
Kerana muhasabah dosa-dosa lalu
Bukannya menangis kerana hal-hal dunia dan cinta noda






Pendosa Tegar