November 27, 2013

Tudung Hangus

UiTM Jengka, 2008

Petang itu macam biasa kami budak-budak ladang akan ke ladang jalan-jalan ambil angin petang dan lepak-lepak di tasik PG's. Ketika sedang iron tudung, tiba-tiba tudung itu berlubang, terbakar iron  overheat. Alamak! ini tudung kesayangan saya. Saya sangat sayang tudung bawal saya yang warna putih tu tetapi ia agak jarang. Hati saya sangat sedih, saya cuma mengenakan tudung berbungan corak hitam putih. Malam itu sebelum tidur hati saya terdetik.

"Ya Allah, kenapa ambil tudung yang saya sayang tu"

Keesokannya kelas seperti biasa, saya terserempak dengan seorang perempuan yang bertudung labuh, pakai jubah, dan stoking. Saya terpaku sekejap, seperti melihat sesuatu yang sangat indah. Saya memandang diri saya yang hanya mengenakan tudung bawal kecil biasa dan kaki tanpa stoking. Hati terdetik lagi.

"Ya Allah, agak-agak mampu ke saya jadi macam dia. Rasa macam seronok sangat tengok dia pakai macam tu"

Selepas peristiwa tudung saya rosak dan terjumpa perempuan yang pakai tudung labuh itu, hati saya tidak tenang . Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Tidak tahu ke mana harus saya tuju, dan kepada siapa yang harus saya tanyakan.

3 hari memikirkan perkara itu, saya keluar dan terus ke kedai. Membelek-belek tudung. Alamak, macam mana nak beli tudung besar ni. saya tak reti.huhu..saya membeli tudung bidang 50 warna cream dan tidak jarang macam tudung bawal dan juga sepasang stoking warna cream.

Tudung baru dan stoking yang baru saya beli hanya saya simpan di dalam almari. Tiada kekuatan untuk mencuba. Takut nanti apa orang kata, takut nanti saya tak dapat istiqamah. Hari hari selepas solat saya berdoa.

" Ya Allah boleh tak hadirkan siapa-siapa untuk ajar saya cara pakai tudung labuh dan dapat memberi semangat dan bimbing saya, saya mohon ya Allah. Saya nak berubah, tapi saya takut"

Keesokannya saya tekad untuk ke kelas memakai stoking, Alhamdulillah tiada kawan-kawan yang perasan. Semasa berjalan nak balik bilik.Tiba-tiba, seorang kawan lelaki tegur.

"Mek na, perempuan yang pakai stoking lebih nampak sopan".
"erk" terasa sentap sekejap..huhu

Selepas peristiwa tu, saya sentiasa memakai stoking. Banyak kelebihannya bukan sahaja boleh menutup aurat, malah menjaga kulit kaki kita dari kena debu dan cahaya matahari bagai.

Akhirnya Allah menghadiahkan seorang sahabat yang tidak putus-putus memberi semangat untuk saya, hadiahka saya inner tudung, baju labuh, yang paling best dia akan mengajar saya mengaji. Jika sebelum itu saya seorang yang agak keras sikapnya, pemarah, kurang sabar. Namun selepas itu hati lebih tenang, dan saya mencuba untuk sentiasa senyum memandangkan saya bermuka garang yang sering kali junior-junior takut nak jumpa dan dekati saya.

Saya membina kekuatan diri, memahami erti kenapa perlunya menutup aurat. Dan mencuba memahami apakah erti Islam sebenar.Jika sebelum ini saya tidak pernah solat tahajud, solat dhuha. Namun tahukah sahabat2, adik2..besar impak perkara ini dalam memberi kekuatan rohani kita.

Pagi itu saya bertekad akan pakai tudung labuh bermula saat itu, pada Allah jua saya memohon kekuatan hati dan terus istiqamah.Saya tekad takkan pakai lagi tudung kecil dan tudung yang tidak menepati KPI syariat ISLAM dan tidak akan memakai jeans lagi, serta istiqamah untuk memakai handsock dan stoking.

Sewaktu berjalan ke kelas, saya rasa saya seperti baru dilahirkan, seperti diri ini ada yang yang mengawalnya.Adakah ini saya? saya sudah memakai tudung labuh, stoking, dan handsock. Allahurabbi.
Tibanya di kelas, semua orang memandang saya seperti saya pelajar baru. Saya hanya tersenyum.

"Pergh..mekna, dah jadi ustazah ke sekarang"haha..
Budak-budak lelaki kelas saya berseloroh.

Hati kecil saya agak sedih, tidak layakkah aku untuk memakai pakaian sebegini?
saya berlalu pergi dan berjumpa sahabat saya.

"Awak saya tak nak pakai macam ni, semua orang ejek saya, kata saya macam2, teruk sangat ke saya ni. Allah tak nak maafkan saya ke sebab dosa saya banyak" air mata saya mengalir laju.

"mek, jangan sedih. Allah suka sangat-sangat orang yang nak berubah. Allah kan maha pengampun. Kan saya dah bagitahu mek kena kuat, hiraukan semua tu. Pentingkan pandangan Allah, bukan pandangan manusia"

Sejak dari itu saya terus memakai tudung labuh dan belajar untuk menutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah adik saya pun sama. Walaupun kami bukan dari sekolah agama, kami tidak belajar bahasa arab. Namun kami tetap berusaha untuk menunjukkan akhlak yang terbaik. Alhamdulillah kami seronok dapat pakai tudung labuh. Nak tau cubalah sendiri, rasa perbezaanya =)

Mungkin ibu kami pernah melontarkan kekecewaan dan rasa bersalah kerana sebelum ini tidak menghantar kami ke sekolah agama,

"Ibuku usahlah bersedih, walaupun kami bukan dari sekolah agama. Kami akan cuba menjadi anak yang baik dan mengikut ajaran Islam"


Sebenarnya post ini dah lama dan saya sebelum ini rasa tiada kekuatan nak post. Namun inshaAllah moga bermanfaat. Post ini ini juga bukanlah bermakna ingin menceritakan aib diri sendiri akan tetapi saya ingin memberitahu kalian Allah akan membimbing kita untuk menjadi lebih baik. Siapa pun kita pada masa silam kita bukanlah persoalannya. Akan tetapi siapakah kita sekarang, dan apakah usaha dan sumbangan kita untuk Islam itu sendiri.

Jika berniat nak berubah, jangan ditangguh-tangguh, sebab kematian tu tidak kenal erti tangguh. Jika ada sahabat-sahabat yang baru nak berhijrah dan sharing, sama-sama menguatkan semangat saya sedia untuk bersama kalian. InshaAllah.

Nostalgia time diploma, saya paling comot.heheh


Jom sahabat-sahabat (^_^)

Post Sebelum:
Lagi-lagi Jodoh
Jom Tengok Lelaki Hensem
Tudung Ramadhan

No comments: