February 2, 2014

One Wife

Kelihatan sugul wajah Safiyah, seperti sesuatu meruntun hatinya, dia baru sahaja empat bulan mendirikan rumahtangga. Amni mendekati sahabat kesayangannya.

"Kenapa sahabatku. Apakah yang menggangu perasaanmu?"

"Amni, tidak dapat dinafikan saya mendapat suami yang soleh, pendidikan agamanya yang bagus, Akan tetapi hati isteri mana yang tidak terasa bila acap kali bergurau senda tentang poligami. Remuk sekali hati ini Amni"

Amni terdiam.. MasyaAllah, kesian sekali melihat Safiyah. Dirinya sendiri tidak kuat berada disituasi itu. 

"Bersabarlah sahabatku". Amni tidak tahu apa yang harus dikatakan.

Teringat malam tadi baru sahaja mendapat sms dari seorang sahabat usrahnya. Cukup dikenali atas sikap wibawanya.

Akhi Zarul: Habibah baru sahaja selamat melahirkan baby girl petang tadi
Amni: Alhamdulillah bagus sekali

Tetapi Amni kecewa bilama tujuan sms itu sebenarnya untuk melamarnya sebagai isteri kedua. Katanya poligami untuk kelangsungan dakwah. Bagi Amni itu sangat tidak menghormati isterinya, Habibah baru lepas berjuang bertarung melahirkan anaknya, dan dia sibuk mencari isteri lain. Pada hemat Amni jika dia berkahwin dengan Zarul itu tidak mustahil ketika dia sakit ingin bersalin dia sibuk mencari isteri lain. Bersangka baik itu perlu tetapi simpan sedikit waspada dan hati-hati.

"Maaf, Akhi Zarul ana tidak berminat.Enta ni agak-agakla, kesian habibah. Baru lepas bersalin, enta dah sibuk mencari isteri lain. Suami apa enta ni?". Amni mengetus, emosinya tidak stabil lagi, ,memikirkan habibah, sahabatnya juga.

"Enti jangan jual mahal sangat, nanti tiada muslimin yang nak, jadi anak dara tua nanti. Jangan menolak sunnah". Zarul menyindir.

"Siapa kata ana menolak sunnah?.Ana lebih rela jadi anak dara tua dari kahwin dengan lelaki macam akhi, hanya memikirkan nafsu dan diri sendiri, Akhi nak ana report kat habibah?" Amni mengugut.

" Eh jangan-jangan..ok2 ana minta maaf". Zarul membalas lagi

"Akhi sayangilah dan hormatilah zaujah yang banyak berkorban jangan menyakiti hati wanita. Jangan pernah sms ana lagi, ana menyesal sms dengan enta. salam" Amni menamatkan.


Amni terduduk, diam merenung memikirkan dirinya.

" Ya Allah, aku tidak mengimpikan suami yang sempurna atau yang hebat. Cukup  orang biasa-biasa sahaja, ada agamanya dan setia mencintai aku ". Air mata mengalir lagi.




Amni terasa terkesan sekali melihat sahabat-sahabat disekelilingnya itu. Sedikit kegusaran untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.

Sejarah kehidupan Rasulullah mencatat bahawa Rasulullah monogami selama hampir 25 tahun dengan Khadijah sedangkan kehidupan poligami hanya 10 tahun, sbagaimana yang diwartakan oleh Aisyah r.a.,

" Rasulullah tidak memadu Khadijah sehingga dia meninggal dunia".,
(HR Muslim

Sayangi Wanita anda,


2 comments:

Adibah Bakri said...

Mekkk...Best!serious best..thumb up..btw,doakan doa kat ats tu utk ambo skli.hehe..x sey dpt suami mcm akhi tu.hihi :P

Ina Abdullah said...

@Adibah Bakri

InshaAllah doakan, Allah mengetahui yang terbaik buat hambanya. (^_^)