August 15, 2014

Usrah dan Cinta?

Bismillah..

Lama juga tidak mencoret luahan rasa di sesawang blog ini.

***

Kali pertama aku dan adik perempuan aku dapat ke usrah sama-sama.

"Kak best kalau dapat buat usrah famili kan?"

Itulah yang selalu diucapkannya. Nampak wajah ceria pada mukanya. Pada mulanya dia agak kekok. Tapi lama-lama dia ok. Macam aku juga.

Alhamdulillah seronok juga sebab ayah sanggup hantar dan ambil kami dari usrah. Kerana ada juga sahabat yang diuji tidak dibenarkan oleh family untuk join usrah. Usrah bukan buat apa pun, cuma perkongsian biasa-biasa dan peringatan.

Biasalah apabila baru balik usrah semangatnya lebih sikit. Waktu itu ayah tengah memandu kereta.

" Ayah..ayah redha tak kalau kita nak buat kerja Islam?" Aku menanyakan soalan pada ayah. Soalan ini kami bincang masa usrah tadi.hihi

Lama ayah diam memikirkan jawapan untuk kami dua beradik.

"Kenapa tidak, jika itu yang terbaik. Teruskan." Ayah  menjawab.

Aku dan adik aku hanya tersenyum.

***

Aku memperingatkan diri aku, adik aku dan semua.

Kita begitu hebat berdakwah dilapangan. Kita berdepan dengan pelbagai karenah orang yang kita dakwah. Kadang-kadang sampai semua harta dan tenaga kita sumbangkan.

Tapi kita sering terlupa, orang yang paling dekat untuk kita dakwah adalah keluarga kita sendiri. Kita sering bagi hadiah pada adik-adik usrah dan kawan-kawan. Tetapi kita lupa untuk memberi tanda cinta pada adik beradik yang kita pernah berkongsi perut ibu yang sama.

Kita sering sms peringatan dan bertanya khabar adik-adik usrah dan kawan-kawan kita. Tapi kita lupa untuk tanyakan perkembangan dan khabar adik kita sendiri.

***

Mungkin juga kita rasakan untuk dakwah pada orang yang kita sayang dan lama kenal lebih sukar dari dakwah pada mereka yang baru kita kenal beberapa minit.

Disitulah menunjukkan dimanakah tara cinta dan sayang kita.

Jika sayang bawalah dia ke syurga, bukannya membiarkannya terkapai-kapai dengan dosa.

Mungkin juga merasakan diri belum sempurna,

Namun sampai bilakan?

***

Maafkan aku andai ada yang aku terlepas pandang pada kebajikan kalian, maafkan aku sememangnya hamba-Nya yang penuh khilaf.

Sama-sama kita mengingati antara satu sama lain.

Sayang kalian kerana Allah.

Mahu ke syurga sama-sama bukan?


link pic
















o(^_^)o~ Ina Comel


1 comment:

Anonymous said...

keduanya