Beberapa
hari selepas Syawal sahabat aku meminta
tolong untuk aku sebarkan poster untuk war-warkan tentang majlis berbuka puasa
di maahad tahfiz. Aku main sebar saja. Tiba-tiba dapat mesej dari seseorang.
“
Ina boleh akak nak tumpang sama ke maahad tahfiz?”
“Eh..boleh
saja kak, nanti saya bagitahu kawan saya ya.”
Waktu
itu aku langsung tidak mengenali kakak itu.
Aku pula main setuju saja. Sampainya ke rumah kakak itu. Dia kelihatan
berpurdah, lagilah aku tak cam mukanya. Lama kami bertaaruf sepanjang
perjalanan untuk ke Shah Alam akhirnya aku dapat tahu yang kakak itu merupakan
seorang guru yang mengajar Al-Quran merangkap Al-Hafizah. Allahurabbi.. waktu
itu hati aku menangis kesyukuran. Sepertinya Allah sedang memberi jawapan
kepada doaku. Setiap kali mengaji sendiri aku mesti menangis kerana mahukan ada
guru yang mengajar.sobs3.. Teruknya rasa diri ini.
Hampir
setahun aku mencari tempat mengaji dan guru Al-Quran. Tidak aku sangka dengan
cara itu Allah berikan. Kakak itu berikan aku nombor telefon dan alamat tempat
mengaji. Alhamdulillah tempatnya dekat juga dengan rumah aku. Dalam 15 minit
merempit sampai.
Aku
ingat nak daftar untuk bulan 9. Memandangkan menunggu elaun masuk aku menangguhkan dahulu untuk daftar
bulan 8. Alhamdulillah semalam aku dapat juga daftar dan kelas aku bermula pada
malam itu juga.
“
Ina, Ustazah harap Ina dapat meneruskan mengaji sampai khatam ya.” Tenang
sekali wajah ustazah.
“
Insya-Allah Ustazah, saya cuba yang terbaik.”
Sesi
mengaji berkumpulan. Kumpulan aku dalam lima orang. Nampaknya akulah yang baru
mula. Sebelum masuk kelas aku ditasmid terlebih dahulu untuk menentukan aku di
tahap asas iqra atau tajwid. Alhamdulillah iqra baik, Cuma tajwid aku
hancur.hihi..Adeh buat malu saja. Tak mengapa, aku tekad mahu belajar dan mahu
khatam Al-Quran secepat mungkin. Kumpulan aku semuanya tahap sama dengan aku.
Tapi aku paling hormat seorang makcik. Walaupun umurnya mencecah 50-an dia
tetap berusaha mengaji walau tersekat-sekat. Terfikir balik, alangkah ruginya
aku yang masih muda menangguh-nangguhkan untuk mengaji Al-Quran.
“Kalau
Ina dapat khatam dalam masa tiga bulan, sempatlah turut sama ke majlis khatam
Quran besar-besaran nanti.” Ustazah itu benar-benar membuat aku makin semangat
untuk mengaji.
Ya Allah
kitab-Mu benar-benar memberi inspirai, berbeza benar dengan buku motivasi yang
aku baca.
****
Hari
ini aku kembali ke pejabat setelah 3
hari berada di Shah Alam untuk Bengkel Penulisan Thesis dan hantar buku ke
Perpustakaan.
“Kak
Ina ada surat, dari semalam kami teruja nak tahu apa isinya.” Seorang adik
praktikal menunjukkan sampul surat. Pada surat itu ada logo Universiti Malaya.
Aku seperti dapat mengagak itu surat apa.
“Tawaran
kemasukan ke program Sijil Pengajian Al-Quran (SPAQ)”
Borang permohonan waktu mula-mula dulu |
Allahurabbi…sujud
syukur pada-Mu Ya Rabb..
Saat
aku ini sering berdosa dan pendosa, engkau masih membela aku dengan rahmatmu..
Harapan aku selama ini untuk belajar bidang agama dan mendalami Al-Quran semakin hampir menjadi realiti.
Alhamdulillah,
selepas ini aku akan bertambah sibuk. Insya-Allah mencuba untuk menyusun jadual
dengan sebaikknya.
Doakan
diri ini dan impian diri ini.
#
Doktor
#Al-Hafizah
#
Solehah
Semoga
terus sukses menjadi hamba disayangi Tuhan.
Ina Abdullah
No comments:
Post a Comment