October 9, 2014

BAB 3 : Ditendang Universiti?

KEPUTUSAN  peperiksaan untuk semester pertama aku jatuh menjunam. Beberapa kawan aku dismiss dan tidak kurang juga yang mendapat surat amaran dari pihak universiti. Keputusan aku nyaris-nyaris saja aku diberhentikan. Waktu itu motivasi aku semakin menurun. Terasa hidup tidak bermakna lagi. Aku merahsiakan keputusan peperiksaan aku dari pengetahuan keluarga aku. Apabila mak aku bertanyakan tentang keputusan, aku cuma cakap keputusan aku baik sahaja. Tidak sanggup  kecewakan orang tua aku. Jika perkara ini sampai pengetahuan  kakak masak aku kena goreng kunyit nanti. Aku ingat lagi pesan kakak aku.

   “ Kita muka kurang cantik tak mengapa , tapi biar berilmu. Orang berilmu Allah angkat darjat. Muka cantik, akhlak ke laut tiada maknanya.”

Aku meraba-raba muka aku seperti permukaan tanah yang berbatu kerikil.  Cis…memang aku belum cantik. Bila fikir balik sudahlah muka tak cantik, ilmu pulak secebis pun belum tentu ada. Cemburu sekali aku dengan kawan-kawan aku bukan setakat lulus dengan cemerlang. Mendapat anugerah dekan lagi.  Aku mencari punca kegagalan aku. Rupa-rupanya ada satu subjek aku terpaksa mengulang balik. Subjek Matematik. Seminggu sebelum peperiksaan, kawan aku pesan pensyarah matematik suruh aku berjumpa dengan dia tetapi aku buat tak endah. Kelas  dia juga aku ada ponteng. Inilah asbabnya. Teman-teman dalam proses mencari ilmu redha dari guru itu lagi penting dari kecemerlangan keputusan peperiksaan. Sejak dari itu aku aku tidak mengambil remeh lagi pesan seorang guru.

Di universiti aku bila pelajar mendapat keputusan yang kurang cemerlang pelajar tersebut akan dihantar ke satu program untuk diberi motivasi. Aku salah seorang seorang yang terpaksa join program itu. Keegoaan aku tercabar bila aku dihantar ke program itu. Terasa akulah  manusia yang paling kurang cerdik di dunia ini. Sepanjang program itu kami perlu menyanyikan lagu tema program.

Bila Diri Disayangi - Ukays
Terdengar  bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir
(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

Dalam hati aku terasa panas saja. Apa pula lagu jiwang-jiwang dalam program macam ini.

   “Sya ini lagu apa? Aku kurang minatlah lagu-lagu jiwang Bosan betul!” Aku menyatakan rasa tidak puas hatiku.

   “Ini lagu ketuhananlah, cuba kau tengok lirik dia baik-baik.” Sya menjelaskan aku tentang lirik lagu itu yang sebenarnya.

Rupa-rupanya ianya sebuah lagu ketuhanan. Disebalik lagu jiwang itu terselit mesej untuk hati aku yang keras beku. Ya Allah, aku kembali kepada-Mu. Ampuni dosa-dosa hambaMu yang khilaf ini. Keegoaan yang utuh tersungkurlah sujud kepada-Nya. Program selama tiga hari dua malam itu cukup membuka mata hati aku yang kelam ini.  Kawan-kawan aku turut merasai perkara yang sama.

   “ Hai..baru balik program “KACA” ke?” Salah seorang senior aku menyindir aku. Program yang aku pergi namanya “KACA”.

Aku hanya buat endah tak endah dan menarik  bagasi aku ke asrama.

   “ Siaplah kau aku akan tunjukkan pada kau siapa aku sebenarnya”. Aku pasakkan azam di dalam hatiku.




***

“ Wahai keegoan tersungkurlah engkau sujud kepada yang Maha Hebat”

No comments: