Bismillahirahmanirahim..segala
puji bagi Allah, selawat dan salam kepada insan yang selalu merindui kita. Nabi
Muhammad S.A.W.=)
Sekarang ini saya berada
difasa-fasa yang agak mencabar. Bulan, minggu dan hari terisi dengan kesibukan.
Alhamdulillah saya bersyukur sangat dengan kesibukan ini. Kerana dengan
kesibukan ini saya tidak sempat nak buat perkara-perkara buang masa dan lara.
Mungkin sedikit penat. Tetapi penat ini penat yang membahagiakan dan
mendamaikan.
“Kak terlalu banyak taklifan
yang saya terima. Tidak berdaya lagi rasanya.”
Taklifan dan amanah yang Allah
berikan supaya kita lebih bertanggungjawab dan kerana fokus menjalankan amanah
itu tiada masa untuk kita berbuat “nakal”. Terutama untuk orang yang nakal
macam saya. =)
Taklifan sedikit merubah
karakter. Bukan kerana hipokrit. Tetapi kerana ia adalah amanah. Mungkin sudah
tiba masanya untuk saya menjadi lebih matang. Walau bagaipun karakter asal yang
azali tetaplah sama.
Minggu lepas dan minggu ini
saya memang sibuk untuk ke nursery dan ambil data. Cuaca yang agak panas
membahang sedikit memberi kesan kepada kesihatan. Alhamdulillah saya bersyukur
juga kerana Allah hadirkan insan-insan yang membantu saya sepanjang menjalankan
penyelidikan.
“ Kulit awak makin gelaplah
sekarang.” Seorang rakan saya menegur.
“Sunburn” biasalah kalau
namanya pun bekerja dilapangan, usahlah terlalu mengharap kulit akan putih
mengebu dan mulus selalu.
Tidak mengapa, proses
mencerahkan muka rasanya tidaklah sesukar mencerahkan “Hati”. Fokus juga kepada
mencerahkan hati. Produk mencerahkan hati percuma dan mudah. Boleh dilakukan
dimana-mana saja.
“Zikrullah” produk terbaik
mencerahkan dan mencuci hati. (^_^)
Bersyukur juga saya telah
mendaftar dan masuk kelas Pengajian Al-Quran. Subhanallah! Perkara yang tak
pernah saya bayangkan. Berada didalam kelas dan fakulti pengajian berbeza
sekali dari berada di fakulti saya. Seperti baru masuk kelas darjah satu rasanya. Teruja!
![]() |
Teruja! |
Pembelajaran pertama tentang
Al-Quran cukup membuatkan hati ini tersungkur sujud. Saya sangat kagum
kebanyakan yamg mengikuti kelas Pengajian Al-Quran dari golongan yang sudah
berumur. Kelas Pengajian Al-Quran saya pada setiap hari sabtu pukul 9.00 pagi
hingga 11 pagi. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini boleh lihat website ini SPAQ dan bolehlah mendaftar. Sesuai untuk orang umum macam saya dan tidak pernah tahu menahu tentang pengajian Al-Quran. Macam saya juga,hihi
Pengajian pada awal ini mudah
sedikit buat saya kerana saya sudah mengikuti kelas bacaan Al-Quran bersama ustazah. Kelas bacaan
Al-Quran saya setiap hari Rabu selepas Isyak.
“ Ina, kenapa baca laju
sangat? Macam mahu kejar bas saja?” Ustazah tersenyum.
Saya tersengih sendiri. Aduh!
Malu betul pada ustazah. Sebenarnya saya sedikit gugup pada awalnya. Kena
selalu mengulang dan memerhati bacaan dengan betul. Ustazah pesan kena selalu
baca. Alhamdulillah ustazah juga baik dan comel. (^_^)
Pada petangnya jika balik awal
dan berkesempatan saya akan ke kuliah maghrib di masjid terdekat. Subhanallah,
indah sekali kehidupan aturan Allah.
"Ina waktu muda dan bujang inilah nak jalan-jalan semua tempat." Seorang kakak gelakkan saya kerana banyak tempat yang saya tak tahu.
Namun kata-kata ustaz lagi saya ingat,
"Waktu muda inilah kita kena cari dan belajar ilmu sebaikknya, bila sudah tua mungkin keupayaan kita sudah tidak seperti waktu muda."
Jadi saya memilih untuk menjadi orang muda dan bujang yang mencari ilmu buat masa sekarang. Apabila tua kelak, saya mahu menjadi orang tua yang bermanfaat. Insya-Allah.
Saya mencoretkan rasa ini
supaya saatnya saya terleka, saya membaca semula post ini. Sedarlah Ina, Allah
begitu sayang dan cintai kamu.
Kerana Cinta ini aku berjuang,
Bukan kepada hamba cinta,
Tetapi menjadi hamba yang taat mencintai-Nya,
Cintailah aku kepada Al-Quran,
Biarlah ia selalu tersemat didadaku,
Setiap bait kitab-Mu,
Memberi sinar kebahagian,
Semoga secebis ilmu ini,
Bakal menyuluh dan menyinari,
Melalui jalan mengapai redha-Mu.
Amin,
No comments:
Post a Comment