May 17, 2014

Terdidik Wanita


Aku pelajar perladangan. Bidang yang aku tahu serba sedikit tentang ladang, perlindungan tanaman dan kawasan-kawasana yang sama waktu dengannya. Tidak dapat dinafikan ilmu agama aku kurang. Pernah juga aku cemburu melihat sahabat-sahabat yang sememangnya terdidik dan belajar menjurus kepada bidang agama. Apa pun aku bersyukur Allah masih kurniakan hati yang selalu ingin belajar . Moga terus istiqamah. Aku bersyukur juga dikurniakan sahabat-sahabat yang arif dan boleh dijadikan tempat rujukan.

Aku bukan ustazah?


Ianya adalah seperti ayat untuk selamatkan diri. Dilihat maksud ustazah itu sendiri orang yang arif ilmunya dan mengajarkan kepada orang lain. Maknanya sesiapa saja boleh jadi ustazah. Tak kiralah kita bidang agama, medik dan sebagainya.

“Maafkan mek sebab dulu tak hantar anak-anak sekolah agama. Semua salah ayah kamulah. Kononnya bidang agama susah nak dapat kerja”. Mak aku meluahkan perasaan bersalah.

Ayah aku hanya menunduk diam. Waktu itu aku selepas diploma. Aku mengalami kesukaran untuk membaca jawi dan jika tiada baris seperti dalam Al-Quran.

“Tiada siapa-siapa yang salah dalam hal ini. Allah yang takdirkan semua ini. Kenapa nak pertikaikan takdir dari Allah. Allah masih kurniakan mek  dan ayah anak-anak yang masih taat ikut apa yang Allah suruh dan mendoakan mek ayah. Insya-Allah kami mencuba belajar ilmu agama sebaikknya dan menjadi anak soleh”.

Tiada alasan untuk kita menghukum ibubapa kita kononnya mereka kita mengajar kita agama dan tidak menghantar kita ke sekolah agama atau belajar bidang agama. Sekarang sudah bayak medium-medium untuk kita belajar agama cumanya mahu ataupun tidak. Aku belajar sesuatu dari mak ayah aku.

Walaupun aku bukan dari bidang agama, Insya-Allah aku cuba mengutip ilmu sebanyak yang mungkin. Agar kelak anak-anak aku mampu aku didik dengan tanganku sendiri. Bila ditanya soal perkahwinan, sebenarnya perkara yang membelenggu aku juga soal ilmu aku yang masih kurang. Insya-Allah cuba belajar lagi.

Pernah seorang sahabat lelaki menolak seorang sahabat perempuan yang tinggi agamanya. Kerana dikatakan tidak layak dengan perempuan itu.

Sahabat, kamu telah melepaskan peluang dan wasilah yang bakal membawamu ke pintu syurga. Sememangnya lelaki itu pembimbing wanita, jika kau mendapat seorang wanita yang sudah cukup sempurna agamanya mungkin proses mendidiknya menjadi lebih mudah.

Pernah aku katakan pada Naqibah aku,

“ Jika sesiapa yang menjadi teman hidup saya. Dia perlulah bersabar mendidik dan membimbing saya. Dia juga kena sama-sama sudi belajar dengan saya”.

Wanita,

Sering dikatakan nafsunya lebih banyak dari akalnya. Nafsu itu sebenarnya emosi.  Wanita makhluk emosi. Didiklah emosi itu dengan agama dan ilmu sebaikknya. Kita tidak berkira nak beli baju mahal-mahal, barang mekap mahal-mahal sekadar untuk mencantikkan luaran. Tetapi kita berkira nak beli buku tarbiyah dan agama, berkira nak daftar program agama. Bukankah kecantikan dalaman tu lagi penting?

Cantik luar, cantiklah dalamnya,

Sahabat muslimahku,

Kita adalah madrasah awal bagi generasi akan datang, perlunya mempersiapkan diri agar generasi yang bakal dilahirkan itu generasi yang berkualiti bukan sekadar kuantiti.

Akhir kalam, saya tidak ramai punya sahabat-sahabat dari bidang agama, jika ada yang belajar Al-Quran (Hafizah), belajar Fiqh, Usuluddin dan sebagainya harap sudinya menerima saya sebagai sahabat kalian. Ini Fb saya ina abdullah. Kawan-kawan lain pun boleh add juga, boleh kita berkongsi ilmu yang bermanfaat. Insya-Alla (^_^).

Ya Allah jadikanlah aku wanita yang bermanfaat, dan sisa-sisa umur yang berbaki ini untuk berbuat kebaikan dijalan-Mu, aku tidak mahu hanya sekadar menunggu ajal menjemputku untuk kembali kepada-Mu

Insan dhoif,
Ina Abdullah



No comments: