Pada mula-mula aku terpilih mendapat biasiswa. Dalam fikiran aku bagaimana harus uruskan duit aku. Setiap bulan dapat, hujung bulan ciput saja tinggal. Akupun keliru kemana agaknya duit aku dihabiskan. Nak kata ada komitmen lain tiada. Anak tiada. Nak cakap bagi mak ayah, memang mereka menolaklah. Aku memikirkan cara mana yang terbaik untuk simpanan. Kalau belum kahwin aku sudah gagal rancang kewangan. Macam mana kalau sudah kahwin nanti. Mahunya pening kepala suami aku. Aku kena jadi isteri dan ibu yang bijak dalam menguruskan kewangan dan harta suami.Erkk..harta suami? Sebagai contoh (-..-)"
Setelah membaca, mencari dan menghadiri bengkel pengurusan kewangan. Sedikit minda aku terbuka.
Setiap bulan selepas dapat gaji pastikan kita ada simpanan:
1. Simpanan semasa
2. Simpanan kecemasan
3. Insurans
Huh!
Belajar teori memang mudah. Nak praktikkan memang susah. Setiap bulan ada saja perkara emergency aku. Laptop hilang, telefon rosak, motor rosak, pindah rumah dan macam-macam.
Teringat pesanan Tuan Afyan dari bengkel pengurusan kewangan. Jangan lupa untuk infaqkan duit kita. Betullah bila makin banyak infaq. Ada saja kesenangan datang tanpa disangka-sangka.
Setelah mendapat biasiswa, baru aku perasan dalam perjanjian aku tiada perlindungan insurans. Jika terjadi apa-apa pada aku memang tiada perlindungan apa-apa. Jika takdir Allah menjemput aku. Tidak sempat aku membayar ganti rugi pada mak ayah aku. Memikirkan perkara ini, saban hari aku memohon pada Allah agar dipermudahkan dan kerisauan aku diselesaikan. Aku mencari insurans yang patuh syariah dan selari dengan sistem kewangan Islam. Aku pilih Takaful Insurans sekali dengan simpanan Disebabkan aku masih belajar aku ambil yang paling-paling minimum sekali. Nak bayar banyak tak mampula kan.huhu
Aku fikir jika sesuatu berlaku pada aku, aku masih tinggalkan sesuatu buat mak ayah aku walau itu memang tidak dapat membayar gantirugi jasa mereka. Alhamdulillah Allah mempermudahkan aku urusan aku. Insya-Allah semoga ini adalah pilihan dan keputusan terbaik darinya. Semoga lebih ramai muslim akan memahami tentang sistem kewangan Islam.
Ini antara facebook yang aku selalu follow untuk mengetahui serba sedikit tentang pengurusan kewangan.
Yang pernah aku join bengkel pengurusan kewangan Tuan Afyan. Ada satu modul yang betul-betul memberi kesan pada aku.
Teringat beberapa tahun yang lepas, sahabat aku meninggal kerana denggi. Dia baru sahaja dua bulan meohon untuk insurans. Dan keluarganya terkejut kerana mendapat pamapasan yang begitu banyak. Bagi aku tak rugi pun. Bukan untuk orang lain, untuk kita juga.
Oklah aku malas dan menaip lagi. Esok ada meeting dengan supervisor, jika ada sebarang pertanyaan boleh pm di facebook ina.Terima kasih. Doakan daku (^_^)
No comments:
Post a Comment