May 25, 2014

Cukup Muslimkah aku?

 Perkenalan dengan seorang sahabat yang baru dikenali setengah jam lalu cukup membuatkan hatiku berbunga. Permulaan kelihatan dia tidak berapa suka untuk berborak. Namun mungkin sebabnya becok mulut aku ini dia meluahkan bicaranya.

" Awak ambil kos apa?'. Aku memulakan perbualan.

"Saya ambil kos Aqidah". Jawabnya pendek.

" Wah! Menarik, macam mana kos Aqidah?". Aku seperti tidak pernah mendengar kos Aqidah. (-.-)

" Sebenarnya Usuludin juga, cuma pecahan dia. Saya lebih belajar kepada perbezaan mazhab". Dia mula mengukir senyuman.

" Alhamdulillah, seronok berjumpa awak. Nanti kita keep in touch ya". Aku tersenyum riang.

" Saya sebenarnya kurang bercakap, tetapi tak tahu apa yang awak buat memyebabkan saya tiba-tiba banyak bercakap pulak". Dia tersenyum. Lembut sekali orangnya.

" Hihi..Alhamdulillah, bagusla awak. Orang macam awak memang diperlukan dalam medan dakwah kita. Kadang-kadang, saya ramai orang nak rujuk. Tapi itulah ilmu saya masih kurang. Saya juga tak ramai sahabat dari kalangan orang yang arif tentang bab-bab tertentu. Semoga perkenalan dengan awak ini akan memberi sesuatu buat orang lain kelak" Aku tesenyum lagi.

" Saya memang dibesarkan dalam kalangan keluarga yang baik agamanya, sangat menjaga akhlak dan saya kurang reti untuk berhadapan dengan umum. Lebih-lebih lagi lelaki. Saya rasa lebih selesa duduk di rumah atau bilik buat hal saya sendiri". Dia mula meluahkan rasa.

" Awak...berada di zon selesa bukanlah jalan yang terbaik dikala ummah sedang tenat. Ilmu yang awak ada sangat rugi jika hanya disimpan. Esok belum tentu masih ada buat kita. Cabaran jalan dakwah perkara biasalah. Maafkan saya, saya sangat cetek ilmunya. Harap awak sudi untuk kongsi ilmu dan jika ada sebarang kekeliruan saya rujuk awak ya?". Serius aku tak tahu apa yang menyihir aku. Tetapi aku sangat berharap sangat perkenalan di dalam LRT itu bukan perkenalan yang sia-sia.

Dia tertunduk seketika. Terdiam. Aku mula diruntun rasa bersalah. Aish becok betul mulut aku.

" Insya-Allah awak, jika dapat membantu saya bantu ya". Dia mula tersenyum lagi.

" Awak doakan saya ya, moga Allah mengangkat doa orang yang baik akhlaknya dan solehah macam awak". Kami bersalam dan Alhamdulillah sempat add dia di facebook walaupun bateri telefon nyaris-nyaris habis.

Buat sahabat-sahabat dan diri aku sendiri aku sendiri. Usah disimpan ilmu yang ada. Gunakanlah, buatlah pelaburan di dunia. Kelak dividennya akan kita dapat di akhirat kelak. Bekal apa lagi yang ada.

Buat yang masih selesa berada di " zon selamat". Usah terus tidur dan lena dan syok dengan dunia sendiri. Sedarkah kita ummat sedang sakit tenat dan kritikal. Kita masih mahu bersenang-lenang? Senang-lenanglah di sana kelak.

Aku cemburukan sahabat yang sememangnya berada di bidang agama, lagi-lagi belajar ilmu mengenal Allah. Ianya bukan suatu yang mudah. Namun aku melihat hikmah. Aku syukuri  dan ikhlaskan. Kerana Allah pasti menghantar orang yang tepat pada waktu yang tepat.



Moga Allah merahmati kalian.

Terima kasih Allah hadirkan mereka di dalam hidupku.

Buat diriku,
Dunia ini tempat persinggahan sementara,
Masa terlalu singkat,
Bila-bila masa akan dijemput-Nya,
Usah bermalas-malasan,
Dan terus terlena dengan nikmat dunia,
Bangkitlah,




No comments: