Penulisan laporan aku
tidak dapat diteruskan. Sejak dari pagi tadi seperti sesuatu menekan-nekan hati
ini. Allahurabbi,
Sungguh aku tidak
kuat tanpa-Mu
Dan kerana-Mu aku
mesti kuat
Istikharah dan
pengharapku kepada-Mu kuserahkan tanpa ragu-ragu. Ku serahkan seluruh hati
kepada-Mu. Kerana ku yakin engkau pasti menjaga hati ini dan hati mereka sebaiknya. Kerana hanya engkau pemilik hakiki
hati ini. Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk masa kini dan masa
hadapanku.
Namun aku sebagai
peminjam hati ini masih culas dengan amanah ini.
Sungguh Allah,
Ujian kesakitan yang
tak mampu dilihat itu lebih sakit berbanding kesakitan zahir yang boleh diletakkan
ubatnya,
Kecederaan emosi,
kelukaan hati tiada doktor dan ubat yang dapat menyembuhkannya melainkan-Mu,
Kerana dari engkau
ujian ini datang, dan kerana engkau ia pasti berlalu
Hati bersabarlah
Bersabarlah
Bersabarlah
Sedikit masa lagi
semua ini pasti berakhir, teruskan bersangka baik pada tuhan-Mu
Dia telah menyiapkan
sesuatu yang indah,
Biarlah mutiara
jernih itu terus mengalir,
Mengalir kerana-Nya,
Ampuni hamba-Mu yang
khilaf dan dhoif ini.
No comments:
Post a Comment