May 12, 2014

" Awak, kita sayang awak".

Sejak dari sekolah menengah aku tak  pernah ada kawan baik atau rapat. Entah kenapa. Mungkin juga kerana sikap aku yang agak keras membuatkan semua orang tak mahu menjadi kawan aku. Mungkin juga kerana aku nakal dan suka kacau orang lain..hihi

Bagi aku semua kawan sama saja. Berkawan biasa-biasa saja dan sederhana saja. Tetapi aku mula sedar bertapa pentingnya peranan seorang sahabat apabila aku mula memasuki alam universiti. Aku jenis yang suka berkawan, ramah dan berceloteh. Mungkin saja sesiapa yang baru dikenali senang bersama aku. Namun ianya hanya sifat luaran aku semata.

Memilih sahabat bukan sekadar untuk bersuka-suka dan bergelak ketawa. Tetapi melihat sahabat mana yang sanggup besama kita apabila kita di dalam kecewa dan kesusahan. Tapi aku memandang bukan sekadar itu. Siapa yang sanggup bersama aku untuk mengejar Jannah?

Pukul 5.00 pagi

“Ina..bangun…ina, kita thajjud ye”. Suara yang lembut memecah kesunyian pagi yang menyejukkan. Saat itu semua orang enak dilamun mimpi. Aku hanya menggeliatkan badan malas.

“Ina bangun..nanti tak sempat nak tahajjud”. Sekali lagi dia mengejutkan aku. Kelihatan dia sudah siap berpakaian solat. Aku dengan malasnya menggosok mata bangkit ke mengambil wudhuk.

Aku menunaikan solat tahajud, solat taubat dan solat sunat witir. Mata aku kembali layu. Kelihatan sahabat aku masih berteleku di sejadahnya. Aku memandangnya lama. Di dalam suasana cahaya lampu yang suram. Hati aku terasa sebak.

“ Ya Allah berikanlah keberkatan dan kemuliaan kepada sahabat aku ini”.
 
Aku kembali memejamkkan mata. Azan subuh berkumandang.

“Kita solat berjemaah ye. Ina jadi imam?”. Dia tersenyum memandang aku. Teduh sekali wajahnya.

“ Err..tak apalah. Awak jadi imam. Kita jadi makmum”. Sememangnya kerja aku mengelak jadi imam. Aku iqamat dan kami solat subuh berjemaah.

Selepas solat dalam kepala aku fikir nak sambung tidur balik. Maklumlah badan penat. Namun tidak bagi sahabat aku.

“ Ina kita baca mathurat ye”. Sahabat aku meneruskan bacaan mathurat. Aku sudah tersengguk-sengguk beberapa kali. Apabila tiba saat doa rabitah dibaca. Hati aku sebak. Aku rindu sekali suasana tarbiyah itu.

“ Awak saya sayangkan awak, saya nak ke syurga dengan awak”. Aku memeluk erat sahabatku. Rindu sekali saat itu.

Baru aku tahu perasaan tahajud sendirian dan bersama seseorang yang ikhlas bersama-sama kita lain rasanya. Allah ku mohon istiqamahkanlah aku dan sahabat aku dalam perjuangan ini.
Betullah, sahabat memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi sahabat lain.

Sifat orang bertaqwa dalam memilih sahabat: (Profesor HAMKA)

1. Orang yang lebih tinggi iman daripadanya untuk dijadikan teladan.
2. Orang yang kurang iman darinya untuk dipimpin.

Adab-adab menjadi seorang sahabat sejati : (Abdullah Nasir Ulwan)

1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepada mereka
2.Apabila terpisah, dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya
3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabat
4. Segera bersalam ketika ertemu sahabat
5. Saling ziarah-menziarahi antara sahabat
6. Amalan memberi hadiah

Di saat aku dalam kesusahan dan kesedihan rupanya ada sahabat yang merasai yang aku rasa
.
“ Ina ok? Sihat? Jom jumpa nak”. Mesej dari naqibah aku. Allahurabbi…komunikasi antara hati lagi erat dari komunikasi dengan gadjet. Dahsyat sekali aura ukhuwah itu apabila meletakkan Allah sebagai perantaraan.

Aku seorang yang ceria dan mengada-ngada sedikit. Tetapi nasib baiklah sahabat-sahabat melayan saja karenah aku. Apabila sahabat aku pulang ke rumah sewa kami.

“ Yeah! Sahabat kita sudah balik”. Aku persis anak yang menunggu kepulangan ayah.

Namun apabila aku mendiamkan diri, Sahabat-sahabat sudah tahu yang aku tidak ok saat itu. Mereka akan membiarkan aku seketika dan datang menanyakan masalah aku. Aku teringat lagi waktu aku stress dengan final year project degree. Tak sangka sahabat aku begitu mengambil berat tentang aku tanpa aku ketahui.

“Kenapa dengan ina? Dia ada masalah ke? Dia marahkan saya?”. Sahabat lain meyampaikan kepadaku.

Apabila dia tahu aku penat. Jadual memasak aku dia ambil alih. Kerja-kerja organisasi dia tolong buatkan. Alllahu..malu sekali.

Namun sahabat aku ini sudah Allah jemput. Belum sempat aku luahkan kata cinta kepadanya. Sebab itu setiap kali jumpa sahabat aku akan katakan.

“ Awak, kita sayang awak”.

Kerana aku takut keesokkannya aku tidak sempat untuk meluahkan kata itu.

Sahabat..
Datangnya tidak pernah dirancang,
Perginya tanpa aku sedari,
Tenanglah dikau disana.

Saat ini siapa pun sahabat aku, aku akan belajar menghargai setiap saat bersamanya. Memberi tanpa syarat. Sahabat seandainya ada hak kalian belum aku tunaikan. Maafkan aku. Andainya ada hak kalian yang aku terambil tanpa sedari, maafkan aku tegurlah aku.

Sahabat jika saat ini engkau harus pergi, pergilah. Aku ikhlaskan, aku redha. Kerana engkau milik-Nya. Aku sekadar meminjam buat seketika. Tiba saatnya aku akan kembali kepada-Nya. Aku ingin katakan,

“ Aku sayang kalian kerana-Nya”


Selamat tinggal sahabatku, 
Maafkan diri ini bukan sahabat yang terbaik,
Penuh khilaf,
Jika itu yang terbaik untuk aku dan dirimu,
Doa untukmu~


yang Dhoif-Ina Abdullah

No comments: