May 14, 2014

Pesanan Untuk Suami Dia

Petang tadi selepas aku bermandikan hujan sampai juga ke rumah akhirnya. Balik saja rumah aku terus syahid. Sedar-sedar sudah pukul 10.00 malam. Aku terlepas usrah lagi..Sobs3. Kerana tidur. Aduh! Kena tarbiyah lebih lagi agaknya. Itulah berbeza hidup bersahabat. Jika terlupa ada yang ingatkan. Jika tertidur ada yang kejutkan. Allah sedang mengajar aku untuk berdikari. Aku mendapat mesej dari kawan sekolah aku dulu.

“ Salam…ina maaf ganggu, terima kasih bagi buku. Blog ina cukup puitis… semoga Allah sentiasa merahmati setiap ilmu yang ina garapkan…amin”.

Aku terkedu membaca mesej dari kawan aku. Tak sangka rupanya ada yang sudi membaca blog aku yang merapu ini. Terima kasih sahabat atas doa dan sokongannya. Aku terfikir di manakah puitisnya blog aku ini?huhu

Mungkin setiap orang pandangannya berbeza-beza.  Sahabat aku ini baru saja mendirikan rumahtangga bersama insan yang dicintainya sejak zaman sekolah. Saban hari aku mendoakanmu sahabat agar pernikahanmu dipercepatkan. Agar keberkatan di dalam perkahwinan tidak luntur. Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan perkahwinan sahabatku. Tahniah sahabat!



Kepada suami sahabatku,

Bersabarlah dengan karenah isterimu,
Kadang-kadang dia gembira,
Kadang-kadang dia sedih,
Kerana dia makhluk emosi ciptaan-Nya
Yang perlu dibimbing dengan ilmu dan agama sebaikknya
,
Saat dia merajuk dan berkata “ Tinggalkan saya seketika atau jangan ganggu saya”,
Jangan kamu berlalu pergi mengikut katanya,
Kerana saat itu dia benar-benar mengharapkan pujukan darimu dan membelai erat hatinya,
Dan dia tidak sanggup menanggung kesedihan itu sendirian,
Bersabarlah, teruskan menunggu dan bersamanya,
Jangan tinggalkan wanita saat dia bersedih,
Sememangnya dia perlukanmu,

Kepada suami sahabatku,

Kadang-kadang sahabatku ini banyak bercakap,
Celoteh dia tanpa henti,
Jangan pernah bosan melayannya,
Kadang-kadang manja macam kanak-kanak,
Kadang-kadang garang macam singa,

Bersabarlah,

Bersabarlah,

Bersabarlah,

Semua itu bakal memberi keindahan kepadamu

Kepada suami sahabatku,

Bimbinglah sahabatku ini,
Jangan disakiti hatinya,
Sayangi dan cintai dia seadanya,
Apabila berlaku peselisihan faham,

Carilah DIA,
Dan kembalilah kepada-Nya,
Semoga cinta kalian berkekalan hingga ke syurga.

Sahabatku, jadi isteri terbaik buat suamimu. (^_^)

Ku doakan Allah merahmati rumahtangga kalian.




No comments: