April 28, 2014

Mu-sa-fir

Kisah hujung minggu lalu,

Hati kering.

Kerap aku meminta,

"Ya Allah penuhkan masa hujung minggu ini dengan perkara tarbiyah agar hati ini terus hidup dan terus berada dilandasan perjuangan ini. Jangan biarkan masaku ini dengan perkara lara dan maksiat".

Tanpa aku sangka seorang kakak mesej meminta aku menemaninya untuk  berusrah bersama sahabat dan alumni dari Perak. Aku hanya mengikut, niat di hati hanya mahu menemaninya dan jika dapat bersama bagus. Perjalanan ke Shah Alam memakan masa satu jam.

"Ina join sekali ye usrah kami". Kak Za memujuk. Sememangnya aku segan kerana kebanyakkan sahabat aku tidak kenal.

" Err.. tak apa ke kak? Saya bukan geng perak". Aku mengaru kepala yang tidak gatal.

" Tak mengapalah. Ini cuma usrah untuk pengisian biasa". Kak Za tersenyum.

Mengejutkan juga aku terjumpa sahabat-sahabat adik perempuan aku.

"Kak Ina!! Kita sudah agak akak....". Menjerit dua orang adik yang lebih kurang nakal seperti adik perempuan aku. Lama mereka memeluk aku. Terharu sekejap.hihi

Pengisian dari Akhi Yasir tentang kebersamaan kita didalam perjuangan dan dakwah. Jangan pernah tinggal usrah walau usrahnya hanya lima minit. Allahurabbi..ucapan syukur tidak putus-putus pada Illahi kerana mengizinkan aku bersama sahabat-sahabat.

Usai usrah aku dan Kak Za solat di Masjid Negeri, Subhanallah rindu sekali suasana majlis ilmu disini. Waktu tinggal di Shah Alam di masjid inilah tempat aku beruzlah mencari ketenangan. Selepas Isyak pula ada Kuliah Haraki di Bangi. Kami harus segera pulang. Tetapi perut pula minta diisi. Kami singgah di kedai nasi kukus.

" Akak saya belanja akak ye". Aku kekenyangan. Separuh nasi Kak Za pun aku tolong habiskan. Macam mana tak tembam. (-..-)

"Eh tak apalah, akak kan kakak kena belanja adik". Kak Za serba salah.

" Akak tak baik tau halang kita nak buat baik". Aku  buat muka seposen.

"Hurm..yelah..yelah..next time akak belanja Ina pula ye". Kak Za tersenyum.

" Yeah! terima kasih kakak sayang". Aduh! macam kanak-kanak rebina.

Tidak lama kemudian aku mendapat wassup dari seorang adik Jengka.

" Salam Kak Ina, akak free tak 1 Mei ni?"

" Wasalam akak ada program time tu dik, kenapa ye?". Alamak 1 Mei itu aku ada agenda besar.

" Ingat nak jemput akak bagi talk dan sedikit taujihad untuk adik-adik di Melaka ni kak".

" Taujihad? Adeh taujihad apalah akak nak bagi. Kalau tauhijad boleh ajak sahabat geng-geng Tarbiyah. Akak setakat pengisian merapu bolehla..hihi".

"Tak apalah kak, nanti free datangla jenguk kami disini kak. Perlukan motivasi dari akak".

Allahurabbi... kerdil rasa diri ini. Apalah sangat ilmu yang ada pada aku. Tetapi meraikan juga jemputan adik-adik. Maafkan akak dik. Insya-Allah akak mencari masa untuk kesana. Terbayang satu persatu wajah adik-adik yang selalu datang berkepit apabila mahukan sebarang pendapat.

Teringat waktu iftar di Pusat Islam. Pasti ada adik-adik dan sahabat  yang datang untuk berborak.

" Kak ina, bagilah kata-kata motivasi pada saya. Saya tengah down sekarang".

" Ina kenapa dengan saya agaknya, asyik sedih saja"

"Akak saya stress dan seimbangkan kerja dakwah dengan akademik".

Aduh! 

Aku juga mengalami permasalah dan persoalan yang sama juga. Setiap butir bicara aku pasti Allah akan uji jua. Aku meraikan sahabat-sahabat yang datang. Setiap kali bicara aku mohon agar ianya datang dari Allah bukannya dari diri aku yang dhoif dan khilaf ini.

Masih banyak kerja yang harus dilakukan. memikirkan apakah sumbangan aku kepada ummah saat ini.

Sobs3..

Sahabat-sahabat moga ikatan hati kita terus utuh hingga ke Jannah. Doakan aku terus istiqamah di jalan ini.


No comments: