April 28, 2014

Sayonara Jahiliyah

Baru-baru ini berlaku lambakan gambar-gambar sewaktu diploma dulu dimuat turun di facebook. Rindu  sekali dengan memori- memori ladang aku . Senyum sendiri  melihat gelagat aku yang macam kanak-kanak rebina dan comot. Dengan topi ladang dan kasut but. Lagi kelakar dengan vedio aku yang seronok dan teruja bermain tanah dan mencari cacing. Kebetulan waktu itu ada pertandingan memancing dan kami juga turut sama menyertai. Tetapi sekadar mendapat ikan kecil. Walaupun ikan kecil kami seronok sangat. Maklumlah mana pernah memancing sebelum ini.

“Ina comot betul awak masa ini. Kalau bakal suami tengok terus reject buat bini..hahah”. Kawan aku berseloroh.

Aku hanya tergelak. Aku pun tak percaya itu adalah aku. Paling seronok  bermain kayak di tasik buatan sendiri. Rasa mahu kembali ke momen itu.

Tetapi aku agak terkejut dan sedikit terkilan  apabila ada gambar-gambar aku yang tidak patuh syariah dan masih belum menutup aurat sempurna diupload. Mungkin kawan-kawan aku tidak sengaja telah terupload gambar itu. Alhamdulillah kawan aku membuang serta merta gambar-gambar tersebut.

Saban hari aku mendoakan agar Allah menutup aib di zaman jahiliyahku. Siapa yang suka jika dosa-dosa dizaman jahiliyah disingkap dan dipertontonkan kembali.

Aku berharap jika kalian ada tersimpan foto-foto di zaman jahiliyahku dahulu. Mohon dibuang dan dihapuskan . Aku tidak mahu aurat-auratku dipaparkan dan menambahkan dosa bagi orang lain yang melihat dan menambahkan saham dosa di akhiratku kelak.


Mungkin di akhirat kelak begitulah setiap doa-dosa yang dilakukakan akan dipaparkan satu persatu.
Allahurabbi….

Sungguh, tidak pernah aku pinta untuk berada di zaman jahiliyah dan penuh kegelapan itu  itu. Namun aku syukuri di atas simbahan cahaya hidayah yang Allah kurniakan ini dan diri aku yang sekarang.

Walau siapapun aku pada masa lalu, pada masa kini dan masa hadapan  yang aku harapkan adalah redha dari-Nya.

Saudaraku,
Jika kita menutup aib orang lain, maka Allah akan menutup aib kita. Jika kita membuka aib orang lain, Allah akan membuka aib kita. Jika tidak di dunia mungkin di akhirat kelak.

Maafkan aku teman mungkin aku tidak sempurna. Tetapi yakinlah dengan Allah yang Maha Sempurna.


Sekali lagi, mohon sahabat-sahabat yang masih menyimpan gambar saya yang tidak patuh syariah supaya menghapuskan gambar-gambar tersebut. Semoga Allah redha.


***Sayonara Jahiliyah***

No comments: