Aku berlari ke hulu ke hilir di dalam makmal. Penat juga. Aku tersenyum
" Saya seronok buat semua ni". Aku tersenyum
Kawan aku kehairanan melihat aku.
" Ina macam mana awak boleh seronok buat kerja ini semua maa? Saya banyak tidak suka ini punya kerja. Penat semua ada". Kawan aku dalam pelat Cinanya.
Aku pun hairan kenapa aku rasa bahagia dan seronok walau dalam kepenatan.
![]() |
Link Picture |
" Kita ada dua pilihan...pilih untuk merasa bahagia dan pilih untuk terasa sedih dan terpaksa".
Aku mengeluarkan butir bicara seperti tanpa sedar. Aku aku merenung lama. Mungkin tengah menghadam apa yang aku sampaikan. Mungkin juga dia tidak faham apa yang aku cakapkan.haha
Kebahagian kita pilih.
Allah yang bagi.
Kerana kebahagian total milik Allah.
Secebis hadiah kebahagian dari-Nya mampu membuat semua orang tersenyum bahagia.
Syukur Ya Allah. (^_^)
Jadilah kita insan bilamana kehadiran kita itu membahagiakan dan mengembirakan orang lain. Mintalah pada Allah agar diberi ketenangan hati dan tersebar energi-energi yang baik dari dalam diri kita.
Selepas solat Isyak tadi kakak aku wassup. Anak sedara aku demam. Teruk juga. Ibu mana yang tidak risau melihat anak kecil yang umurnya kurang setahun asyik merengek akibat tidak selesa dengan keadaan tubuhnya. Usai dia meluahkan perasaanya. Aku meminta dari Allah agar aku mampu memberikan sesuatu untuk kakak.
"Kak...demam itu dari Allah, minta saja pada Allah. Bukan ubat yang menyembuhkan tetapi Allah. Berdoalah untuk anakmu. Doamu mungkin lebih mujarab dari ubat hospital".
Kakak aku terus beristigfar. Memohon dari-Nya.
Kuatkan kesabaranmu menjadi seorang ibu kakak. Ujian buatmu, penawar dosa buatmu. Berbahagialah memiliki permata hadiah dari Allah yang comel itu.
Aku doakan yang terbaik buat keluargaku dan teman-teman. Semoga Allah memberi kebahagian hakiki di dunia dan diakhirat kelak.
Pilih Bahagia
No comments:
Post a Comment