May 4, 2014

Road to Convocation 2.0

Gambar Konvokesyen Ijazah Mei 2013 yang lepas, melihat sahabat yang bakal bergraduasi untuk Master bulan Mei 2014 ini hati terasa tidak sabar mahu meyiapkan Master juga. Pernah ditanya pada sesi perkongsian, apakah ujian dalam meyambung Master?


“ Setiap manusia menjalani ujian yang berbeza-beza. Ujian itu juga telah dilalui oleh orang-orang sebelumnya lagi. Bagi pelajar yang membuat kajian lapangan mungkin mengalami masalah perubahan cuaca dan sebagainya. Mungkin juga tajuk belum diterima supervisor, proposal ditolak berkali-kali, eksperimen asyik kena ulang  banyak kali. Dan ujian terbesar adalah ujian melawan nafsu  diri sendiri. Setiap kali terasa ingin berputus asa. Ingatkan diri kenapa kita mulakan perkara ini pada awalnya jika tidak mahu memperjuangkan hingga ke garisan penamat. Kuatkan diri menghadapi ujian dengan doa”

Saya juga turut diuji dengan perkara yang sama. Kadang-kadang iman turun naik. Diperkuatkan juga hati ini. Alhamdulillah sokongan keluarga, sahabat dan teman-teman saya  masih terus kuat. Kuat kerana-Nya

Tidak kiralah diploma, ijazah, Master atau PHD kita semua hamba yang sama disisi Allah, yang membezakan adalah ketaqwaan. Perbetulkanlah niat kenapa kita belajar. Usah dihampakan impian orang tua kita yang sentiasa mendoakan kita. Buat sahabat-sahabat semua teruskan berjuang walau apa sahaja medan kalian. Gunakan apa yang dikurniakan Allah pada jalan yang sepatutnya. Doakan kami dapat bergraduasi pada masa yang telah ditetapkan. Moga Allah mempermudahkan.



Carilah ilmu kerana-Nya, bukan kerana Nama. Kerana suatu hari hati segalanya akan kembali kepadanya.
Next konvokesyen September 2015, Insya-Allah. Mohon doa dari sahabat-sahabat. (^_^)


No comments: