Hari ini aku akan ke UiTM untuk menguruskan masalah yuran. aku pun pening memikirkan isu yuran yang belum selesai. Penaja membuat keputusan supaya aku menjelaskan yuran sendiri. Alhamdulillah status gugur taraf aku sementara saja dan ditarik balik kerana aku dimaklumkan mendapat tajaan.
Ketika aku sedang menunggu komuter seterusnya untuk ke KL Sentral. Seorang perempuan asing menegur aku.
" Komuter seterusnya lama lagi?". Orang Arab agaknya.
" Oh mungkin dalam 10 minit lagi cik". Aku tersenyum. Alhamdulillah aku memahami butir bicaranya di dalam Bahasa Inggeris.
Kami sempat berborak panjang. Rupanya perempuan itu dari Iran dan memperkenalkan dirinya sebagai Arfah. Dia merupakan pelajar master dari UKM.
" Awak ada teman lelaki?". Soalan dari Arfah yang aku tidak jangka ditanya.
"Err.. saya tiada teman lelaki". Aku membalas
" Jarang sekali orang Melayu yang saya jumpa mengatakan mereka belum berpunya. Dan katanya berpasangan sebelum kahwin itu dibolehkan. Di negara saya kami tidak dibenarkan berpacaran dan keluar antara lelaki dan perempuan selagi belum berkahwin. Jika mahu berpasangan, maka berkahwinlah".
Aku hanya mengangguk-anggukan kepala. Rasa malu juga apabila "Melayu" disebut disitu.
" Arfah...sememangnya agama kita tidak membenarkan perhubungan sebelum berkahwin". Aku menambah.
" Benar sekali. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Mungkin agak penat dalam belajar perlu memberi perhatian ada keluarga dan fokus belajar tetapi saya seronok. Saya sangat sayangkan suami saya dan dia sangat menyokong saya". Arfah tesenyum.
"Jika sudah ada calon, maka menikahlah. Sesungguhnya perkahwinan itu memberi barakah dan melimpahkan rezeki. Sampaikan kepada teman-teman awak janganlah berpacaran yang menghalalkan yang haram". Arfah menambah lagi.
Aku hanya diam seribu bahasa. Bermacam alasan yang bermain di fikiran aku.
"Insya-Allah doakan saya, moga Allah merahmati awak sekeluarga". Kami bergegas masuk ke perut komuter dan kami berpecah.
Aku terfikir lagi sepanjang di dalam komuter. Apakah mesej yang Allah ingin sampaikan kepada aku melalui Arfah sebenarnya.
Keesokan harinya pula, mendapat berita gembira dar kawan aku pula. Aku aku baru sahaja berhijrah.
" Ina...teman lelaki saya ajak kahwin. Tapi saya takutlah. Macam belum bersedia lagi. Yelah kita kan tengah buat master lagi. Research pun entah mana-mana".
"Yeke? Bagusla...bila nak kahwin?". Aku teruja.
" Hurmm.. kami bincang dalam tahun depan". Sedikit kerisauan pada wajahnya.
" Saya rasa lebih baik awak berkahwin, dari awak kesana kemari. Lagi banyak fitnah dan mudaratnya". Aku kehabisan ayat.
"Hurmm..Insya-Allah, Ina doakan saya".
Ya Allah moga dipermudahkan usaha teman-teman yang sedang berusaha mencari redha-Mu dengan jalan yang sebaikknya.
Kami mencuba yang termampu, yang selebihnya kami serahkan kepada-Mu
Usahlah membungkus cinta yang kononnya halal, dengan maksiat dan dosa.
Pada pandangan aku yang dhoif, jika belum bersedia untuk berkahwin usahlah mengambil jalan untuk berpacaran.
Yang benar itu jelas,
yang batil juga jelas,
Gunakan mata hati untuk melihat.
No comments:
Post a Comment