April 17, 2014

Memori 2010

Alhamdulillah impian untk pulang ke kampung halaman Allah makbulkan, meskipun dalam masa dua jam aku beli tiket. Alhamdulillah Ya Allah terima kasih.

Aku mencari idea untuk menulis. Terjumpa buku usrah pertama aku dahulu sewaktu diploma. Aku membelek sehelai demi sehelai. Memberi kesan kepada hati. Seperti merindui saat itu. Aku seperti tidak percaya aku yang menulis semua nota-nota itu.


Nota 2010

" Orang yang ikhlas melakukan kerja dakwah, akan menemukan Allah di dalam pelajarannya".

Waktu ini pertama kali aku harus melakukan kerja dakwah di dalam masa yang sama aku harus fokus pada akademik. Bagi aku permulaannya agak sukar. Namun sangkaan aku meleset. Kerja-kerja dakwah ini membantu aku menguruskan masa dan dakwah dengan baik dan keputusan aku Alhamdulillah baik.


5 Mei 2010

Ya Alla, janganlah engkau membolak-balikkan hatiku setelah engkau memberikan aku Hidayah-Mu

10 Mei 2010

Waktu ini pertama kali aku belajar dan menggunakan perkataan akhi dan ukhti. Dan aku masih tertukar antara Ukhti dan Akhi.

Akhi : Kamu lelaki atau abang
Anta : kamu lelaki
Ukhti : Kamu perempuan atau kakak
Enti : Kamu perempuan
Antum : Mereka lelaki
Antumna : Mereka




12 Mei 2010

Ya Allah HidayahMu tidak ternilai, syukur Ya Allah kerana memilihku.


16 Mei 2010

Pesanan dari Ukhti Zah

Adik, kamu tidak keseorangan, kamu ada aku, mereka dan yang paling penting kamu ada Allah.


1 June 2010

 Rumah Sis (aku tidak pasti Rumah Sis ini rumah yang mana satu)

Aku pun tidak pasti kenapa aku tulis perkara ini. =..="

"Ya Allah jodohkanlah aku dengan lelaki yang elok keimanannya dan ketakwaannya kepada-Mu. Semoga dirinya dapat menerima kelebihan dan kekurangan diri aku seadanya"

Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan matiku untuk Allah tuhan sekalian Alam.



Di sini aku bermula

No comments: