April 4, 2014

Jodoh Berdua

Pergh..Jodoh berdua, lagu Hafiz Hamidun. Kawan aku sibuk suruh aku dengar lagu Hafiz. Aku layan jelah. Lepas itu layan lagu "Frozen" pula. Aku rasa aku masih kanak-kanak yang tengok cerita teletubies. (=..=)



Macam sudah lama aku tak bicara dan post pasal kahwin-kahwin.

Ingat lagi masa degree bila bicara soal jodoh. Aku rasa geli. Rasa macam belum masanya aku nak fikir perkara mengarut semua ini. Pernah aku berseloroh dengan seorang adik " Tarbiyah". Sekali aku yang kena bazoka.

"Kak usah berbicara soal pekahwinan andai tarbiyahmu masih rapuh"

Pergh...sentap beb. Mentang-mentang aku bukan budak tarbiyah. sob..sob..sob..Mahu aku down dua tiga hari. Terus aku senyap dari bicara soal jodoh. Rasa malas nak "Berbaitul Muslim". Tapi mungkin benar juga katanya. Namun seorang teman sampaikan kepada aku. Kenapa tidak dengan perkahwinan itu tarbiyah kita makin utuh dan kukuh.

Erk? Entah..manalah aku tahu.

Baru-baru ini seorang sahabat baik sedih bilamana rakan baiknya mengatakan sesuatu berkenaan jodoh yang membuatkan dirinya seperti putus harapan.

" Kau belajar tak habis lagi, dah gatal-gatal nak sebut pasal kahwin".

Bazoka seterusnya datang memacu.

Salahkah bicara soal kahwin? Bicara soal persiapkan diri ke arah itu? Itu pun dikategorikan "gatal" juga?

Kalau couple sana-sini tak gatal pula ya. 

Lepas ini ada orang akan cakap aku gatal nampaknya. haha

Ada aku kisah.

Jangan pula esok nak akad nikah, hari ini baru tergandah nak buka buku fardhu ain, buku pendidikan anak-anak, buku rumahtangga, buku masak-masak, semua jenis bukulah. Jangan sampai ada yang buka lima sudah. Yelahkan, sebelum kahwin dikatakan gatal sibuk nak belajar semua ilmu persiapan rumahtangga. :3

Adik-adik yang baru tengah buat persiapan pelamin, baju kahwin, borang kahwin jangan sampai lupa persiapan ilmu buat diri. Aku selalu pesan. Mungkin juga sebab aku belum kahwin, jadi mereka ambil tak kisah saja. Tak mengapa, aku seronok saja membebel. Dengar atau tidak terpulang, janji aku membebel.hihi

Soal jodoh-jodoh ini memang sensetif. Tambahan pula bagi wanita seperti aku. Ceh...rupanya aku sudah wanita dewasa. Hati-hati bila bercakap soal jodoh. Tambahan pula dengan mereka yang masih belum ketemu calon teman hidupnya. Khuatir terhiris hati mereka. Aku pun kadang-kadang terasa. Tapi sekejap saja. Dari aku makan hati berulam jantung, baik aku "makan" buku

Insya-Allah calon sudah dipilih. Surat menyurat dan rayuan tidak dilayan :3

Jodoh Allah yang pilih,

Kalau tak kahwin lagi jangan risau, maknanya jodoh kita pun belum kahwin.
So fair and square.

Moga dipermudahkan urusan jodoh aku dan kalian.




Ibu Madrasah awal dalam pembentukan generasi hadapan.

Pasakkan impian untuk melahirkan mujahid yang mencintai dan acuan Al-Quran, serta menginfakkan diri kepada perjuangan Islam.
















"Walau aku bukan budak tarbiyah, tidak bermakna aku tiada tarbiyah. Allah sentiasa mentarbiyah aku"


Maaf post merapu-rapu

Sambung berkarya.

Bai.


Aku Budak Ladang jee..:3

No comments: