April 10, 2014
Tinta Buat Mujahidku
Mujahidku,
Pemuda Islam sejati usah sekadar sibuk membina otot sasa,
Tetapi "otot" hatinya lembik sekali
Mujahidku,
Usah sekadar kencang melawan musuh,
Tetapi kalah dengan nafsu sendiri.
Mujahidku,
Usah tergoda dengan dunia yang fana,
Kerana seorang wanita kau tersungkur sebelum sampai ke medan Jihad.
Mujahidku,
Usah kerana keinginan darah mudamu,
Islam terfitnah!
Mujahidku,
Ingat! Kalian asset buat ummah,
Jangan persia usia mudamu,
Mujahidku,
Miliki pendirian yang utuh,
Usah menjadi lalang,
Mujahidku,
Kalian bakal pemimpin,
Bakal suami,
Bakal ayah,
Persiapkan dirimu dengan ilmu.
Mujahidku aku titipkan kalam ini buat kalian,
Jadilah pemuda yang dirindui bidadari syurga,
Yang tidak mudah goyah dengan fatamorgana dunia.
Ayuh, bangkitlah wahai mujahidku
Pergilah berdagang sampai laku
Biar penuh iman di saku
Jangan mengalah terduduk kaku
***
Tetiba rasa mahu siapkan nukilan ini selepas seorang adik meyatakan sudah putus asa hidup kerana seorang wanita.
Adik, usah buang masa dengan perkara remeh ini. Perjalananmu masih panjang. Tidak kira adik lelaki atau perempuan. Tambahan kalian masih dibangku mencari ilmu.
Peingatan buat aku juga..
Mujahidku tetaplah tenang kalian disana. Aku menanti saatnya kalian hadir bersama wangian kebahagian. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment