March 8, 2014

She's Taken

8 March 2014

Pukul 8.00 pagi Nasrah dari Hentian Kajang untuk ambil aku ke rumah Khairun. Hari ini hari bahagia buat sahabat kami Khairunnadiah. Dia dua tahun lebih mudah dari aku. Perwatakan dia lebih kurang aku, gila-gila dan agak keanak-anakan. Tetapi ilmu dan pengetahuannya jauh lebih baik dari aku yang dhoif. Baik orangnya. Teringat bersama-sama tinggal di rumah sewa sekali. Banyak kisah suka duka kami semua di rumah Baitul Solehah atau BS, itu nama rumah sewa kami.

keyon & Amzar, both of u osem!


Satu persatu wajah sahabat bermain di minda. Tidak tertinggal Almarhumah Nusrah. Begitu pantas masa berlalu. Waktu balik dari rumah Khairun, alhamdulillah Huzaifah dan Syu juga mahu ke Bangi. Jadi dapatlah aku tumpang sekaki. Dapat juga jumpa Iwad, anak mereka.

With sahabat, Syu (^_^)


" Na rasa macam baru lagi awak teman saya bagi baju kahwin kat Huzaifah". Syu senyum. Saya memegang  Iwad di tempat duduk belakang.


Ya, masa begitu pantas hingga tidak terasa. Rasa seperti baru semalam berada di walimah Syu dan Huzaifah. dan berkonvoi bersama-sama sahabat lain. Kini sudah ada Iwad. Allah, sungguh pantas sekali. Seorang demi seorang bergelar zauj dan zaujah. Seorang sahabat mesej.

" Akak saya selepas walimah tadi saya menangis. Menangis seperti Alhmarhumah Kak Nusrah pergi dulu. Seperti perginya seorang lagi sahabat saya". 

Aku juga tidak dapat menahan sebak. Tidak tahu. Aku juga merasa begitu.

" Bersabarlah dik, inilah proses kehidupan buat kita". Aku menenangkan sahabat itu, dalam masa yang sama menenangkan hati aku. Bila pertama kali memegang Iwad terasa sudah lama tidak memegang bayi kecil. Rasa seperti mahu menangis. Emosi aku sedikit tersentuh.

Aku terus memujuk hati, bersabarlah hati. Allah meyimpan seribu satu rahsia dan kebaikan buat dirimu.

Buat sahabatku bersabarlah. Dan senyumlah. Walau di mana jua. Aku sentiasa titipkan doa buatmu. Tidak pernah aku lupakan kenangan dan moment-moment suka duka, jatuh bangun kita bersama. Perjalanan masih jauh. Amanah dari Allah harus dipenuhi. Selagi mana kita memilih jalan juang ini, walau dimana dicampakan. Insya-Allah hati kita masih ada ikatan. Tiada apa yang bisa memisahkan melainkan Dia.

Miliki prasangka yang baik pada tuhanmu.

Barakallah buat Khairun & Amzar. Akak doakan yang terbaik buat adik kesayangan akak ini. Maafkan akak dalam tempoh berukhuwah ini banyak sekali khilafnya. Terima kasih banyak mengajar akak ilmu kehidupan dan cara berorganisasi yang baik. Moga terus istiqamah dalam perjuangan. Simpan kecomelan dan kepelikan untuk suamimu, (^_^)

Syok Iwad tidur, tak sedar Cik Na snap pic dia =P
Bersama Paah, sahabat yang sama-sama mengejar profession masing-masing
Doakan kami, dia student ACCA ;)
Seiring dan sejalan =)



Siti Hazlina
Anak Hussin Ismail atau Pak Long (^_^)

Malam berlalu tapi tidak mampu ku pejamkan mata dirundung rindu kepada mereka, yang wajahnya mengingatkan aku akan syurga. Wahai fajar terbitlah segera, agar sempat ku katakan pada  mereka, "Aku mencintai kalian kerana Allah"-Umar Al-Khattab-



No comments: