Jika
engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka
milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah
caranya!
Jika
engkau hanya mampu merangkak,
maka
merangkaklah kepadaNya!
Jika
engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka
tetaplah persembahkan doamu
yang
kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana
Tuhan, dengan rahmatNya
akan
tetap menerima mata wang palsumu!
Jika
engkau masih mempunyai
seratus
keraguan mengenai Tuhan,
maka
kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah
caranya!
Wahai
pejalan!
Biarpun
telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah
datang, dan datanglah lagi!
Kerana
Tuhan telah berfirman:
“Ketika
engkau melambung ke angkasa
ataupun
terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah
kepadaKu,
kerana
Akulah jalan itu.”
cc:Jalaluddin Rumi
TUhanKU <---klik disini
No comments:
Post a Comment