Kadang-kadang seperti satu
kepelikan wanita yang anda kenali sangat ceria dan periang menjadi sangat
sensetif dan cepat tersinggung. Perkara kecil dibesar-besarkan dan ada sahaja
perkara yang ingin mencetuskan salah faham. Sebelum ini saya ada post berkenaan PMS.
Mungkin wanita tersebut tidak
sedari dia sedang mengalami fasa PMS (Pre
Menstrual Syndrome) dan mengalami perubahan emosi dalam proses “Menstruation”
atau datang bulan dalam bahasa yang senang difahami. Pada fasa ini dua hormon
utama di dalam badan wanita berlaku perubahan iaitu estrogen dan progestron.
Buat kaum lelaki bersabarlah jika
wanita anda didapati adanya simptom-simptom seperti ini. Ianya tidak lama
mungkin dalam lima atau tujuh hari.
Kalian jangan nak buat kelakar pada benda yang tidak kelakar dan jangan
menimbulkan isu yang bakal mencetuskan salah faham walau mungkin niat kalian hanya
sekadar gurauan. Jika dia ingin bercerita, layan sahaja dan jadi pendengar yang
baik. Tak perlu nak berikan solusi dan kritikan.
Bantulah isteri kalian untuk
melakukan kerja rumah dan buat perkara yang menenangkan mereka. Pada waktu ini
tahap kepenatan dan keletihan sangat tinggi . Waktu ini juga waktu kecemasan kerana
berlakunya sedikit kecederaan emosi.
Jangan risau hanya sekejap
sahaja, selepas fasa ini wanita kalian akan kembali ceria dan tersenyum.
Berikan mereka ruang dan masa.
Kepada wanita belajarlah mengawal
emosi. Mungkin sedikit sukar. Tetapi just do it. Stay calm and keep zikir.
Jom lakukan perkara-perkara yang
kita suka (^_^)…bai2
![]() |
caca |
No comments:
Post a Comment