Lelaki dan wanita.
Keduanya mempunyai sifat dan
ciri berbeza.
Perkongsian dari Kak Syuhada
semasa usrah, tajuk kami hari itu berkenaan Ibrah dari Siti Khadijah.
Sedikit berkenaan lelaki dan
perempuan,
Jika seorang perempuan itu baik
dengan ayahnya atau abangnya, keperluan psikologinya sudah dipenuhi. Dia boleh
pegang tangan ayah dia, boleh keluar jalan-jalan dengan ayah dia dan boleh
bercerita dengan ayah dia. Walau dia sudah berkahwin sekalipun hubungan anak
perempuan dengan ayahnya tidak pernah terputus. Berkahwinnya seorang perempuan
itu bukan bermakna dia melepaskan tangan tetapi hanya bertukar tangan. Jika
seorang ayah memainkan peranan yang betul dan baik dalam mendidik anak perempuan
tiadalah isu-isu anak perempuan yang sibuk bercinta dengan lelaki, masalah sosial
dan sebagainya.
Tetapi kebanyakan dari kita baik
dan rapat dengan ayah waktu kecil saja, bila sudah meningkat remaja dan dewasa
hubungan kita dengan ayah agak renggang. Kadang-kadang kita malu nak pegang
tangan ayah, malu nak cium pipi ayah.
Saya juga mengalami masalah
begitu sebelum ini, waktu kecil saya sangat manja dengan ayah berbanding dengan
mak saya. Bila saya sudah masuk asrama, hubungan dengan ayah agak renggang. Bila
dan dewasa sikit saya mula membina balik hubungan dengan ayah. Saya fikir,
kalau dulu ayah selalu pimpin tangan saya, dukung saya, cium pipi saya. Kenapa
bila sekarang ayah dah tua saya perlu malu untuk buat perkara yang sama untuk
ayah. Saya selalu ingatkan adik perempuan saya berkenaan hal ini.
Saya merupakan anak sulung ayah,
semasa kecil saya dan adik perempuan memang ayah tatang kami dengan baik. Adik
lelaki saya baik dengan mak. Saya masih
ingat ayah dan mak ajar saya tentang ilmu fardu ain bila saya sudah mencapai umur akil baligh.
Berbalik kepada isi usrah, kita
lihat dari sirah Rasulullah bagaimana Rasululullah membina hubungan baik dengan
anak perempuanya Fatimah. Menziarahi
Fatimah dan memberikan nasihat kepada Fatimah apabila Fatimah mengadu dia penat
melakukan kerja rumah.
Sama juga dengan anak lelaki,
teringat pengisian dari Dr. Harlina. Biasakan anak lelaki kita memimpin tangan
kita. Supaya dia tahu kasih pertamanya adalah ibunya. Agar dia tidak sibuk
memegang tangan perempuan yang bukah mahramnya melainkan isterinya kelak.
Mungkin ayah dan mak kita ada
kurangnya semasa mendidik kita. Tidak perlu menyalahkan mereka. Tetapi bila kita
sudah ada kesedaran. Maka perbetulkanlah apa yang dirasakan perlu. Makin
belajar dan mencari ilmu makin banyak rasanya perkara yang perlu dipersiapkan
dan tidak tahu. Ibu adalah madrasah pertama buat anakknya. Maka jadilah
madrasah yang terbaik untuk membina generasi yang baik pada masa yang akan
datang. Allah izinkan aku untuk mengizinkan aku menjadi wanita yang bermanfaat.
Aminn
Moga Allah memberi kesempatan untuk menjadi madrasah itu
Bila aku sudah dewasa

No comments:
Post a Comment