March 4, 2014

Wanita dan PMS

Apa itu PMS?

PMS adalah Pre Menstrual Syndrome atau erti kata lain sindrom yang dialami oleh setiap wanita sebelum kitaran haid bermula. Untuk makluman sindrom ini hanya dialami oleh kaum wanita sahaja. Terdetik untuk menulis berkenaan PMS. Sebelum ini ada sahabat lelaki bertanya kepada sahabat saya.

"Kak ana nak tanya orang perempuan yang haid apa perasaan dia? Betul ke mereka cepat marah?". Sahabat saya terkejut dengan soalan itu dan sahabat yang lain memarahi kerana bertanya soalan itu. Pada pandangan peribadi sahabat lelaki itu mempunyai perasaan ingin tahu. Jadi tidak salah bagi lelaki juga tahu apa itu PMS agar dia dapat memahami kenapa kaum wanita ini mengalami emosi yang sering berubah.

Adik lelaki saya juga pernah menanyakan soalan ini dan kami berbincang dengan ilmu ini dan sedikit berkenaan fikh. Bagus juga jika lelaki tahu dari awal. Sekiranya isteri, adik perempuan, kakak atau wanita disekelilingnya mengalami masalah ini senanglah untuk mengawal situasi.

Sindrom ini berlaku dalam seminggu atau beberapa hari sebelum kitaran haid berlaku, pada waktu ini sangat kritikal. Kadang-kadang keliru tiba-tiba perasaan bertukar dan marah, tak puas hati dan rasa nak menangis tanpa sebab. Kadang-kadang perkara kecil dibesar-besarkan. Kadang- kadang naik pening kepala si lelaki dengan perangai wanita yang berubah-rubah.  Ini kerana berlakunya perubahan hormon.

Menurut kajian women health, bahan kimia di dalam otak dikenali sebagai serotonin memainkan peranan sewaktu sindrom PMS dan menyebabkan beberapa simptom seperti:

1. Perasaan sedih dan kecewa
2.Rasa tertekan dan penat
3.Perasaan gelabah tiba-tiba
4.Tiada mood dan  menangis
5.Perasaan marah kepada orang lain
6. Tidak berminat dengan aktiviti harian dan perhubungan
7.Tidak dapat berfikir dengan baik dan fokus
8.Kepenatan yang teruk dan tiada tenaga
9. Keinginan untuk makan yang tinggi
10. Mengalami kesukaran untuk tidur
11. Perasaan berada di luar kawalan
12. Simptom fizikal seperti kembung perut, sakit payudara,sakit kepala dan sakit badan.


link pic : PMS in progress, don't disturb =..=


Setiap wanita mungkin mengalami masalah-masalah seperti di atas mungkin lima dari perkara yang disenaraikan di atas. Bila berada dalam keadaan ini emosi tidak stabil. Jangan dibiarkan ianya terus meruntun perasaan. Waktu inilah syaitan suka menyucuk-nyucuk emosi. Mulalah nak marahkan pasangan, anak-anak dan  orang sekeliling. Sebagai seorang Muslim gunakan terapi kita seperti zikir untuk menenangkan emosi dan fizikal. Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan-jalan dan jogging. Jangan hanya terperap di bilik ia akan menambahkan lagi ketegangan emosi dan fizikal.



Antara cara yang boleh mengurangkan sindrom ini:

1. Banyakkan berzikir
2. Dengar alunan ayat suci Al-Quran dan baca Al-Quran (waktu ini boleh baca Al -Quran lagi kerana PMS berlaku sebelum berlaku sebelum kitaran haid)
3.Berjogging atau bersenam
4.Makan makanan yang berkhasiat, jauhkan makanan yang terlebih masin dan manis yang melampau.
5. Dapatkan tidur secukupnya
6. Buat perkara yang digemari seperti menulis atau membaca
7. Dapatkan teman untuk berborak dan meluahkan perasaan, jika sudah berkahwin  peranan suami penting disini.

Selalunya jika saya menghadapi sindrom ini mak saya akan urut kaki dan belakang. Setiap wanita mengalami sindrom yang berbeza-beza. Ada yang kritikal ada yang sederhana. itu belum cakap soal senggugut. Apa pun sebagai wanita terimalah dengan ikhlas dan redha. Anggap sahaja ianya kifarah dosa yang menghapuskan dosa-dosa kita. Allah jadikan wanita istimewa. Allah kurniakan "Rahim". Rahim itu sendiri maksudnya penyayang. Moga sahabat-sahabat terus bahagia dan senyum menghadapi hari mendatang. Insya-Allah moga secebis ilmu ini bermanfaat untuk semua. (^_^)

Lelaki fahami wanita kalian, wanita jom uruskan emosi...dan saya masih gagal dan masih belajar menguruskan emosi.sobs3

Reference :US Women Health

No comments: