March 6, 2014

Cerita mereka

Baru lepas buat  mind mirror, aku bersiap-siap untuk beradu. Telefon ninetology Stlealth 4 aku berdering. Wajah mak aku memenuhi skrin.

“ Ayah kamu degil, tak mahu ke hospital demam semakin teruk. Tadi dia membebel telefon anak dia tak dapat.”. Suara mak tersekat-sekat dan batuk. Aku membelek telefon, tiada pula panggilan masuk dari ayah.

“ Ayah taknak pergi ke hospital ke mek?”. Aku sedikit risau.

“ Dah puas dah bagitahu, dia degil jugak. Mek pun tak sihat ni. Tak larat jugak nak jaga ayah dan urut dia lagi. Telefon ayah kamu sekarang. Pujuk dia pergi hospital”. Mak aku mematikan panggilan.

Aku menelefon ayah. Terdengar suara yang serak dan seperti terketar-ketar.

“ Ayah..Ayah ok? Rasa macam mana sekarang?”. Aku semakin risau mendengar keadaan ayah.

“ Ayah sejuk, badan rasa lain macam. Kaki pun semakin kejang”. Suara serak ayah semakin jelas.

“ Ayah dah makan ubat ke? Taknak pergi hospital”. Aku mula memujuk. Ayah agak degil sedikit. Itulah sikap yang aku warisi.

“Ayah dah makan ubat tadi, beli dekat farmasi. Nanti baiklah. Jangan lupa doakan ayah, bacakan Yassin untuk ayah. Bagitahu adik-adik yang lain”.  Suara ayah makin tenggelam.

“ Insya-Allah baik ayah, ayah maafkan semua salah silap saya. Minta maaf juga sebab tak dapat jaga ayah”. Aku semakin sebak. 

 Ayah mematikan panggilan. Adik-adik semuanya tengah membuat persiapan untuk peperiksaan akhir. Aku berpesan kepada adik lelaki yang berada di Politeknik Kota Bharu supaya balik minggu ini mejenguk mak dan ayah. Tetapi hujung minggu ini dia ada test. Dia pun mula rasa bersalah tidak dapat menjenguk mak dan ayah. Aku lagilah bersalah. Dapat balik pun dua atau tiga bulan sekali. Bila aku buat keputusan selepas Ijazah untuk bekerja dan tinggal di rumah mak dan kakak membantah keras supaya aku meyambung pengajian. Melihat kondisi mak dan ayah sekarang aku rasa seperti mahu terbang pulang sekarang.

Mak dan ayah tiada ganti, jangka hayat mereka juga tidak lama.  Entah sempat atau tidak aku membayar ganti rugi apa yang mereka lakukan untuk aku. Mungkin juga aku dahulu yang pergi sebelum mereka. Ya Allah aku harapkan selepas pengajian Master dua tahun ini aku dapat berada dekat dengan ibubapaku agar aku mampu menunaikan hak mereka.

Petang tadi aku menelefon mak lagi, rasa seperti seperti setiap saat mahu aku telefon mereka.
“ Macam mana hari ni mek? Ayah dah ok?”. Aku cuba telefon ayah beberapa kali tetapi gagal. Mak aku bagitahu ayah sudah ke tempat kerja. Kasihan sungguh melihat ayah. Ikutkan hati mahu saja suruh ayah duduk di rumah berehat.

“ Dah ok sikit, Ayah kamu dah pergi kerja. Padahal tak sihat lagi”. Mak mula membebel. Aku hanya mendiamkan diri.

“Nanti Kak Ja balik mek nak pergi hospital Kota Bharu, ambil ubat sedut. Kurang sikit batuk.Tak tahulah dah lama ambil ubat tapi tak baik-baik”. Mak aku mula merungut.

“ Mek yang memberi kesembuhan bukan ubat pun. Allah. Allah juga yang memberi sakit. Makin kita cari ubat makin kita tidak sihat. Mungkin sebab pergantungan kita adalah kepada ubat, bukan kepada Allah. Kalau sakit mek cari Allah dulu. Ubat kemudian”. Aku cuba menggunakan bahasa yang sebaik mungkin. Mak aku terdiam seketika.

“ Hurm betul jugak. Ubat itu sekadar ikhtiar saja”. Setelah terdiam beberapa seketika.

“ Mek mungkin Allah nak bagitahu, bukan ubat yang menyembuhkan kalian. Tetapi AKU”. Aku menamatkan panggilan.

Mak aku  memang lama dah sakit. Berbagai bagai ubat dimakan. Setiap bulan ulang alik ke hospital. Tetapi masih sama juga. Tetapi mek jenis yang memang selalu makan ubat ikut peraturan dan tidak pernah tertinggal untuk ambil ubat. Berbeza dengan ayah, kalau sakit dia tak suka ambil ubat dulu. Apa pun kesakitan dan kesembuhan datangnya dari Allah. Beza sikap ayah dan mak aku mak lagi cepat gelabah dan agak gopoh. Itulah sikap yang aku warisi dari mak. =..=

Lewat petang mak aku telefon lagi, masa itu aku tengah bersiap-siap untuk balik.

“ Ya kenapa mek?”. Aku menyusun fail-fail yang bertabur atas meja.

“ Ayah accident tadi, terlanggar kereta budak perempuan. Waktu tu dia nak pergi hospital, tapi sebab badan tak sihat dia hilang kawalan”………………




 Allah aku serahkan mereka total kepadaMU

No comments: