October 12, 2014

Kehebatan dan kemuliaan aku.

Saatnya semua orang memandang aku mulia dan penuh kehebatan, tidak sedarkah kalian itu semua kehebatan Tuhanmu?

Allah menutup aib dan noda dosa aku dengan kemuliaannya.

Sesesungguhnya secebisan kemuliaan pun tidak layak buat hamba pendosa ini.

Andai kalian tahu hakikat sebenar diri ini, mungkin memandang aku pun kalian tidak sanggup apatah lagi memuji aku melambung tinggi.

Saat kalian memuji aku melambung tinggi, kalian sedang melambung dan melemparkan aku ke dalam relung api neraka.

Apa yang kalian puji dan lihat itu adalah  kehebatan Tuhanmu sendiri yang disandarkan pada hamba-Nya bagi menutup aib.

Saat ada memuji,aku akan menangis deras,
Aku sedar terlalu banyak keaiban yang Tuhan tutup. Aku malu pada Tuhanku.
Saat ada yang mengeji, aku menangis laju,
Aku sedar terlalu banyak kekurangan diri yang Tuhan ingin tegur dan aku perlu perbaiki.

***

Hakikat diri aku yang sebenar hanya aku dan Tuhan-ku yang lebih  mengetahui. Usahlah kalian terlalu taksub dengan aku yang palsu ini. Taksublah dengan kekuasaan dan kehebatan Tuhanmu.
Kerana aku tidak mampu memberi hidayah apatah lagi menjamin syurga buat kalian. Namun Allah mampu memberi setiap redha dan hidayah buat hati yang meminta.
Sedarlah jika asyik megejar penghargaan dan kemuliaan dari manusia dan relung hati dipenuhi dengan ujib dan riak. Amal pahala sedang hilang sedikit demi sedikit dan ianya ibarat yang membakar kayu bakar.

Allah andai kami diuji dengan pujian, sedarkan kami untuk segera kembalikan pujian itu kepada-Mu.

Kurniakanlah aku sepasang mata yang sentiasa mengalir air mata dengan kerendahan hati kerana takut kepada-Mu,
Kerana muhasabah dosa-dosa lalu
Bukannya menangis kerana hal-hal dunia dan cinta noda






Pendosa Tegar

No comments: