October 13, 2014

Jom Bina Masjid

Dua orang sahabat bertemu tanpa disengajakan di masjid, kebetulan malam itu ada kuliah maghrib.

" Kau sihat?"

" Tak aku tengah cedera parah."

Dia terkejut. Lalu memerhatikan susuk badan sahabatnya. Kelihatan dia sihat saja.

" Kau cedera bahagian mana? Aku tengok kau ok saja." Dia hairan.

" Aku cedera disini." Dia menunjukkan bahagian dadanya.

" Iman aku sedang cedera parah. Kerana itulah aku disini. Disini hospital untuk iman aku." Jawab sahabatnya bersahaja.

Dia terdiam merenung hikmah sahabatnya.

***

Sungguh,

Antara golongan manusia yang dinaungi Arasy Allah adalah orang-orang yang cintakan masjid. Jika rasa hati sering tidak tenang. Susah untuk menangis kerana kerasnya hati. Mahu mendamping orang-orang soleh.  

Ringankan dan hanyunkan kaki ke masjid.

Allah tahu niat kita,
Allah tahu apa kita mahu,
Allah tahu kita sakit apa,
Allah tahu apa ubat untuk kita.

Tidak mustahillah jika Rasulullah pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang tidak mahu solat berjemaah di masjid.

Masjid mampu membina dan membangun iman yang runtuh
Masjid mampu mendisiplinkan diri
Masjid mampu memberi kerendahan hati
Masjid mampu membuat hati menangis.




Jika belum mampu membina masjid, maka rajin-rajinlah untuk ke masjid.


Salam sayang dan kerinduan buat semua dari saya

Ina Abdullah. (^_^)

No comments: