September 8, 2014

Bertunang?

Bismillahirahmanirahim..sahabat-sahabat yang dirahmati Allah dan dirindui Rasulullah,
Terlihat post facebook Ustazah Adibah, ayatnya lebih kurang.

“Kepada yang sibuk mencari tulang rusuk kanan dan kiri bagai tunggu hari raya Qurban ya. Nanti boleh makan tulang rusuk lembu banyak-banyak.”

Tergelak sendiri saya. Ustazah Adibah merupakan Ustazah yang berkerja di sebuah Maahad Tahfiz.
Tidak tahulah apa yang ada pada tulang rusuk itu. Tidak kurang juga yang sibuk mecari imam dan makmum. Di masjid ramai, jadi rajin-rajinlah ke masjid. Bukan kencang mencari di facebook. Saya sebenarnya kurang gemar dan agak segan mahu menulis tentang perkara kehidupan perkahwinan. Namun apabila diminta pandangan, saya cuba lah membantu setakat yang termampu. Serba sedikit ilmu yang saya dapat dari sifu dan guru terasa rugi andai disimpan dan dibuat pekasam semata.

Hari ini sahabat baik saya ketika degree mesej dan meminta pendapat saya.

“ Awak, senior saya mahu menghantar rombongan meminang dalam dua bulan lagi. Tapi saya rasa mahu tangguh dulu sebab dia masih belum habis Master dan sekarang menjadi pensyarah kontrak sementara. Saya khuatir dia belum dapat kerja tetap. Tetapi keluarga dia mahu datang juga.Saya buntu.”

Lama saya membaca mesejnya berulang kali. Teringat kata-kata kakak Sifu.

“ Apabila lelaki itu mahu meminang dan bersedia untuk berjumpa dengan keluarga kita. Itu bermakna dia benar-benar serius untuk menjadikan sebahagian hidupnya.”

Allah sedang memberi peluang untuk kita melalui jalan yang halal dari terus bergelumang dengan perkara maksiat. Syaitan akan selalu meragukan kita kerana syaitan memag suka kita terus berada didalam kemaksiatan. Kerana itulah sering berlaku tangguh dan tangguh dan akhirnya tidak menjadi. Apabila lelaki itu memilih untuk mendapatkan kita dengan cara kehormatan usahlah dipersia-siakan.

Berapa ramai lagi diluar sana yang masih menunggu si lelaki masuk meminang namun berbagai alasan yang diberi?

Apabila suruh datang jumpa mak ayah selalu mengelak.

Berapa ramai lagi diluar sana yang masih mencari calon masing-masing.

Syukurilah saatnya Allah sedang membuka jalan untuk menjadikan perhubungan itu diredhai disisinya.

Perihal rezeki itu adalah urusan Allah. Kita sebagai hambanya perlu berusaha dan menguruskan rezeki sebaikknya.



Bukan dilihat apa berapa tinggi pangkatnya, berapa besar gajinya. Tetapi dilihat bagaimana cara dia menguruskan kewangannya. Jika duit berkepuk-kepuk namun hutang bergunung tinggi perlu difikirkan juga.

Dan isu besarnya adalah soal keyakinan dan kebergantungan kita pada Allah. Juga perihal perancangan dan perbincangan.



Guru Besar saya juga pesan,
“Tempoh pertunangan adalah tempoh untuk latihan dan juga ujian sebelum memasuki alam sebenar perkahwinan.”

Yang paling utama matamat perkahwinan itu yang sebenar.

Pesan Coach,
“ Serve  and love your spouse because of Allah.”

Lalu ditanya kenapa saya belum berkahwin?

“Allah tahu kesediaan dan kemampuan saya saat ini. Bila saya sudah bersedia Allah pasti akan menikahkan saya dengan seseorang yang Allah sudah siapkan untuk saya. Buat masa ini masih tengah memperbaiki dan memperkukuhkan “madrasah” diri ini. Insya-Allah.”



Buat sahabatku yang solehah,

Saat ragu dan buntu pintalah petunjuk pada Tuhan-Mu,
Saat hatimu teruji pujuklah ia dengan zikir-Nya,
Saat air matamu gugur sapulah ia dengan ketabahan,
Saat hatimu terkoyak lantaran kesepian alunkan ia dengan lagu Kitab-Nya,


Moga perjalanan hidupmu bahagia bersama redha-Nya.


No comments: