1997, Kelas 1 Namrud
" Cikgu anak sedara saya ni lambat sikit belajar, boleh bagi dia tempat duduk di depan? Nanti dia senang fokus". Bapa saudara aku mengusap kepala aku. Aku membetulkan rambut yang berjurai. Aku memandang satu persatu wajah di dalam kelas itu.
Hari ini hari pertama persekolahan. Aku rasa agak janggal dengan rakan -rakan baru. Tetapi aku bernasib baik kerana sepupu aku juga ditempatkan di kelas yang sama. Sebelum ini aku bersekolah di sekolah tadika. Waktu itu baju kotak-kotak warna merah. Tapi sekarang baju warna putih dan kain bewarna biru gelap.
" Hazlina, jangan kacau kawan. Ambil tempat duduk awak". Cikgu Hamidah meninggikan suara. Aku tersengih menampakkan gigi yang rongak. Mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Hari itu kerja aku berlari sekeliling kelas dan mengacau kawan-kawan dalam kelas.
"Eh kau jangan kawan dengan ina. Dia teruk betul perangai. Kalau dia mengamuk dia suka marah-marah orang dan tarik rambut". Suara berbisik itu aku kenal benar. Aku menjeling tajam.
" Siap kau". Dalam hati aku memendam rasa.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aku berlari-lari ke kantin. Kakak pengawas berbaju coklat sedang menjaga barisan. Aku mencelah di barisan yang panjang.
" Adik, kalau nak beli makanan kena beratur. Tak baik potong barisan". Pengawas berkaca mata ala Harry Potter menegur. Aku mencebik.
Waktu masuk di dalam kelas, kelihatan perempuan yang mengata aku tadi sedang becok berborak. Tiada kerja lain, bergosip saja kerjanya.
"Hei Ela, kau kenapa mengata aku? Saja cari gaduh". Aku gayanya seperti Mak Jemah.
"Eh, kau kenapa? Bila pulak aku mengata kau". Ela menjeling 180 darjah. Makin menyirap darah aku.
" Kau ingat aku tak dengar ke tadi?". Aku menarik rambut ala "pony tails" Ela. Budak perempuan itu menangis.
"Aku bagitahu mak aku nanti". Ela menangis teresak-esak. Aku tersenyum puas.
Petang itu aku keseorangan di bawah pokok rambutan main masak-masak. Selalunya aku bermain masak-masak dengan Ela. Tetapi disebabkan pergaduhan di sekolah tadi Ela tak mahu bermain bersama aku. Kelihatan Kakak Ela terkedek-kedek berjalan ke arah rumah aku. Aku bersembunyi di bawah tangga kayu bawah rumah.
" Kak zah..Oh Kak Zah". Suara Kak Ros lantang sekali.
"Mati aku". Aku sudah mula takut.
"Kenapa Ros? Marila masuk dulu". Mak aku membetulkan tudungnya.
" Kak Zah...ina mana? Nakal punya budak. Dia tarik rambut Ela masa di sekolah petang tadi". Kak Ros mula membebel-bebel.
" Yeke Ros? Maafla Ros. Budak-budak biasalah. Nanti akak tegur dia". Mak aku menenangkan keadaan. Aku masih mengintai di celahan tangga kayu.
" Yela kecik-kecik nakal. Kalau besar nanti, entah apa jadinya. Anak akak memang tak pandai sekolah. Jangan ingat kakak dia masuk universiti, dia pun dapat masuk universiti jugak. Kakak dia ayah lain". Kak Ros mengeluarkan kata-kata yang menusuk kalbuku. Aku tersentap.
"Bodoh sangatkah aku". Aku terus menanti untuk melihat adegan seterusnya. Kelihatan mak aku mengesat air mata dengan hujung tudungnya. Kak Ros berlalu.
Aku berlari keluar mendapatkan mak aku.
"Mek"..
Mak aku berlalu tidak menghiraukan aku.
Tetiba kisah 17 tahun yang lepas menjengah memori aku. Satu persatu perkara yang memberi kesan kepada kemaafan dan penerimaan.
Ya Allah, Aku Ikhlaskan aku redha dengan masa laluku.
#Budakl Nakal# Mekna
3 comments:
huhu nakal sungguh
@Ika Sean
haha..loni baik doh sikit
@Ika Sean
haha..loni baik doh sikit
Post a Comment