March 2, 2014

Gantikan yang lebih baik

 Selama tiga hari.Cuti hujung minggu ini dipenuhi dengan berbagai program. Jasad meminta untuk rehat. Hati insya-Allah semakin tersenyum baik.

Alhamdulillah sempat jumpa dengan Mak Ha, cas balik setelah sebulan lebih tidak "recharge". Hari ini Mak Ha minta untuk dari kalangan kami keluarkan beberapa isu. Ada antara kami.

" Saya ada isu di mana dekat setahun lebih bakal mertua saya tidak izinkan untuk saya meminang anaknya"
"Saya ada masalah dengan orang terdekat saya kurang sensetif dengan saya"
"Ayah saya tidak sayangkan saya"

" Ina apa isu ina?". Mak Ha bertanya. Lama aku berfikir. Sememangnya jarang sekali aku ada masalah dengan orang lain. Jenis aku tak suka sangat amik serius tentang persoalan orang lain. Lama berfikir,

" Mak Ha, saya tak suka dengan berat badan saya sekarang. Saya Tak selesa". Itu yang terpacul dari mulut aku.

Mak Ha cuba coaching kami, untuk tukarkan perkara yang tak baik kepada yang lebih baik yang membawa kita kepada fitrah.

"Kalau bapa bakal mertua tak izinkan tak mengapa. Masih ada masa Allah bagi untuk kita buat persiapkan diri, terima kasih Allah"

"Jika orang lain tak sensetif, kenapa kita susah-susah nak fikir tentang dia? Syukur pada Allah kita masih sensetif"

"Jika ayah tak sayang, mungkin ayah tak tunjuk kasih sayang sia. Allah nak bagitahu, kasih sayang aku lagi luas".

Dan kami cuba menukar tentang masalah saya.

" Ya Allah saya syukur, walau berat badan saya naik sedikit. Saya masih lagi sihat".

Walau ianya perkara mudah. Ia menunjukkan tentang soal keyakinan kita kepada Allah. Bilamana berbicara tentang duit. Ramai yang gagal. Kerana meletakkan pergantungan kepada duit semata. Lalu di mana pergantungan pada Alllah?

Terlalu risaukan orang-orang yang kita sayang akan pergi, tidak sayangkan kita. Sedangkan mereka itu hak Allah dan hanya Allah yang berhak ke atas mereka.

Muhasabah buat diri, kenapa terlalu dicari perhatian dan kasih sayang manusia?
Kenapa terlalu takut kehilangan?
Kenapa dan kenapa?

Ini semua berbalik kepada keimanan dan keyakinan kita kepada Allah.

Ustaz Asya'ari cakap,

"Orang yang mengalami masalah untuk mengucapan awam sebenarnya mempunyai masalah dengan keimanan, jika dia yakin dengan Allah. Tiada apa yang perlu ditakutkan".

Manusia biasa, biasalah kejap jatuh. Kejap bangkit. Bila jatuh jangan dibiar jatuh lama. Terus cari jalan untuk bangkit. Kehidupan ini sangat singkat untuk terus berada di dalam kejatuhan.

Pintaku Ya Allah, gantikan diri ini dengan diri yang lebih baik, diri yang meletakkan Engkau sebagai yang utama dan hanya Engkau tempat pergantungan.


Fokus kepada perkembangan di dalam diri, membina hati yang sihat. Insya-Allah  I'm ok, You are ok. (^_^)

Reflection session
Mak Ha
Ya Allah izinkan aku untuk menjadi hambaMu yang lebih baik dan taat kepadaMU

No comments: