October 11, 2013

Tell The Truth

Sabda Rasulullah S.A.W " Berkata benarlah meskipun ianya pahit"

Berterus terang, mampukah kita?



Sejak dari dulu saya memang seorang yang suka memendam perasaan sehinggakan mengganggu emosi. Rasa takut, malu, tak yakin untuk berterus terang. Even mahu menegur kesilapan orang lain mahupun melontarkan idea. Dan sampai satu tahap saya belajar, pentingnya untuk kita berterus terang.

Berterus terang itu lebih baik dari kita memendam perasaan dan bercakap belakang seperti mengumpat etc. Sememangnya ini untuk peringatan diri saya sendiri. Kadang-kadang disebabkan terlalu menjaga hati orang lain sampaikan kita sanggup melihat mereka bergelumang dengan dosa dan noda.

Dari persperktif lain, dari segi akademik. Sewaktu diploma saya pelajar yang memang takut nak bertanya soalan kepada lecturer. Konon nya nak tanya kawan selepas habis kuliah, tapi rupa-rupanya kawan saya pun tak tahu jugak.huhu, so saya buat assumption kalau saya tak tahu ini bermakna kawan saya pun tak tahu jugak. Sekarang saya cuba untuk bertanya terus kepada lecturer dan supervisor jika ada masalah dalam study or research saya.

Dan saya belajar untuk berterus terang dengan sahabat dan teman. Mungkin kadang-kadang ianya berat dan mungkin meyakitkan buat seketika. Namun percayalah berterus-terang membuatkan kita lebih tenang dan menghadirkan keikhlasan untuk kita menerima orang sekeliling kita seadanya.

So that why, I tell the truth.

May Allah bless us, syukran (^_^)

No comments: