October 22, 2013

Cantik Dunia, Cantik Akhirat

Esok Pre-DRP tetapi diri masih sempat ke taman syurga~ Majlis Ilmu

Tajuk program malam itu cantik dunia, cantik akhirat wanita moden. Alhamdulillah banyak imput yang bermanfaat saya dan sahabat-sahabat dapat malam tu. Ingin saya kongsikan serba sedikit apa saya dapat dari program tu. Malam itu hanya program fokus kepada kaum hawa manakala keesokan harinya fokus kepada kaum Adam pula. (^_^)

7 ciri yang mesti dimiliki oleh wanita cantik dunia dan akhirat:
  1. Wanita itu sedar akan kewujudannya di dunia ini, bermakna dia tahu tujuan Allah menciptakannya di dunia ini. Dia mentaati Allah dan Rasulnya serta ibu bapanya (bagi yang belum berkahwin), dan taat pada suaminya (bagi yang sudah berkahwin)
  2. Dia berilmu pengetahuan dan rajin mencari ilmu serta ilmunya itu tidak disimpan dan sentiasa memberi peringatan kepada orang lain dan diri sendiri.
  3. Wanita itu tahu kewujudannya di dunia ini untuk membesarkan Allah S.W.T dan bukannya membesarkan cinta sang teruna dan mempunyai harga diri yang tinggi.
  4. Seorang yang menjaga kebersihan dan kemas serta berpakaian indah selari dengan garis panduan syariat.
  5. Sentiasa bertaubat dan menjauhi diri dari kemaksiatan
  6. Apabila dia melakukan sesuatu amalan itu niatnya kerana Allah dan ingin mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat
  7. Seorang yang sabar, sentiasa bersabar saat di Uji. (^_^)
Ramai yang mencipta stigma, nak belajar agama selepas berkahwin, kononnya ingin suami yang membimbing. Itu persepsi yang salah. Proses pembelajaran itu berlaku sepanjang masa, Carilah ilmu sebaik-baiknya agar kita dapat mengahadapi kehidupan mendatang dengan lebih baik. Ilmu itu luas, bermacam perkara yang boleh dipelajari.

"Jadilah wanita Qa'naah (sederhana) kerana ianya lebih baik"

Besederhanalah kita dari apa sahaja aspek, jangan melampau-lampau kerana Allah tidak menyukai orang yang melampau-lampau.

Allah mencipta kita sebaik-baik kejadian, bersyukurkan dengan apa yang Allah kurniakan. Tidak kiralah apa sahaja bentuk fizikal kita. Fokusan kepada kelebihan diri, bukan terlalu memikirkan kekurangan diri.

Wanita hiasan dunia,
seindah hiasan adalah wanita solehah.

Jodoh juga Allah sudah tetapkan, andainya jodoh kita bukan di dunia, isha Allah di sana nanti akan menanti. Jadilah wanita yang akan menyumbang sesuatu kepada masyakat dan negara, bukannya menyumbang kepada kemusnahan.


Moga Allah membimbing kita untuk menjadi wanita yang cantik di dunia dan akhirat, cantik luaran dan dalaman.




ina_abdullah

No comments: