October 10, 2013

Doakan Daku

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, kerinduan  untuk menconteng blog yang sudah lama penuh dengan sesawang ni. Musibah menimpa, kafarah dosa.Mungkin ada hikmahnya. Laptop pemberian kakak saya untuk saya meyiapkan kerja dan menulis telah dicuri baru-baru ini. Peringatan untuk diri dan sahabat-sahabat jangan mudah leka, diri merasakan tidak aman berada di negara sendiri. Selepas kejadian itu menjadi sangat curiga dengan orang-orang disekeliling. Allahurabbi, jangan sampai diri bersangka buruk dengan orang lain.

Kehidupan sebagai seorang pelajar master bagi saya sangat seronok, sebab saya tidak perlu masuk kelas dan bukan sekadar belajar teori semata-mata. Tetapi semuanya praktikal. Dan bersyukur sangat dikurniakan orang-orang disekeliling yang sangat membantu, Pada hemat saya mereka inilah yang akan menjadi tulang belakang kejayaan saya kelak. Terima kasih buat supervisor-supervisor, research assistant dan staff-staff lain. Dan sepanjang master saya ini kebanyakan pembantu-pembantu dikalangan yang berlawanan gender. Sahabat saya mengingatkan walau apa sahaja profesion kita, ikhtilat, adab dan aurat mestilah dijaga. Saya sentiasa ingat pesanan itu.

Terima kasih buat mek dan ayah atas sokongan, tak lupa buat kak ja and a.padil, insha Allah saya akan lakuka tang terbaik. Ya Allah panjangkan umur kedua ibu dan ayahku agar mereka dapat melihat dan mengecapi kejayaanku kelak.Terima kasih atas doanya. Ya Allah berkati keduanya.

Buat teman, semoga ikatan yang dibina terus kekal dan bersabarlah, isha Allah doakan agar urusan kita dipermudahkan dan teruskan berusaha untuk persediaan kehidupan sebenar. Terima kasih di atas sokongan. Moga Allah menjaga dirimu.


ina abdullah

No comments: