August 7, 2013

Pagi syawal itu



Taqabalallahu minna wa minkum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.


Salam eidulfitri buat sahabat-sahabat dan kenalan mohon maaf andai ada salah silap, moga mendapat redha Illahi.



Alhamdulillah berkesempatan untuk Solat sunat Hari Raya tahun ni. Weeee~
Pagi tu mek and ayah bising-bising, rupa-rupanya takde orang nak baca khutbah raya kat surau sebab imam sorang lagi sakit perut. Ayah tak pernah lagi baca khutbah sebelum ni. Jadi imam selalu. Sebelum ni abang ipar yang baca khutbah, tapi kali ini dia raya umah mak dia.

Jadi ayahlah jadi iman dan ayah jugaklah yang baca khutbah.
saya dah tersengguk-sengguk mendengar khutbah yang ayah baca..huhu.apa daaa~
Tiba-tiba bila mana sampai bacaan tawqa dalam khutbah tu ayah terdiam seketika, saya macam heran.
Suasana surau menjadi hening tiba-tiba

Yang terdengar esakan jemaah dan tangisan ayah dan menahan tangisan ketika membaca khutbah, hatiku sebak..sob3
Bila mana ayah bacakan khutbah berkenaan azab dari Allah, jemaah teresak-esak lagi.
Allahurabbi..
Moga Allah melembutkan hati kami sehingga dapat ditembusi Nur Hidayah

Moga amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan dapat diteruskan juga selepas Ramadhan,
Ya Allah rezekikan kami amalan yang Istiqamah,
Redhailah kami hingga ke Ramadhan akan datang,
Dengan izinmu,
Insha Allah,

Salam eidulfitri dari saya,
Ina Abdullah

No comments: