August 9, 2013

Moist Chocolate Cake Cik Na (^_^)


Assalamualaikum…Selamat hari Raya, dan Selamat Puasa Enam bagi yang berpuasa (^_^)
Ok, entry this time julung-julung kalinya diadakan memandangkan saya tak pernah pon share pasal masakan.hehe

Lagi pun sy bukanlah dikalangan orang yang expert masak..sobs3
Untuk this time macam biasa, tiap kali raya resepi wajib yang saya akan buat Kek coklat, adik-adik dan anak buah saya suka kek coklat. Selain tu kek batik pon ada. Ini jela yang mampu saya buat.Hoho

Resepi kek ni dari kawan adik saya dan ada yang saya buat “renovation sendiri”.hehe
Ok mula-mula..erk, macam chef pulak..haha





Untuk resepi buat kek coklat, bahan-bahan:
  1. 1 ½ cawan tepung gandum (saya guna tepung penaik blue key, sebab malas nak letak serbuk penaik bagai)
  2. 1 cawan serbuk coklat (if nak rasa kecoklatan lebih tambah lagi setengah cawan)
  3. 3 biji telur
  4. 1 ½ cawan susu cair (nak guna susu segar pon boleh)
  5. 1 ½ cawan minyak jagung (guna minyak masak pon boleh)
  6. 2 cawan gula
  7. Secubit garam
  8. Setengah sudu esen vanilla (kalau nak rasa vanilla 2 lebih letak lah sesudu, saya tak suka banyak sangat sebab rasa muak nanti)
Untuk bahagian topping, (nak bagi Nampak moist2 bagai.hehe)
  1. 200 gram coklat masakan yang bar punya tuu..
  2. 3 sudu serbuk coklat (untuk rasa lebih coklat, if taknak pun xpe =)
  3. 2 sudu besar susu pekat
  4. ½ cawan susu cair
  5. Satu sudu butter @ majerin

Hiasan:
Coklat rice warna warni atau apa-apa jelah ikut citarasa masing-masing

Step-stepnya untuk buat kek coklat :
1.       Ayakkan tepung gandum, serbuk coklat, dan garam.Then ketepikan.
2.       Prepare blender,masukkan telur, susu cair,minyak, esen vanilla then blend.(nak guna mixture t upon boleh, tapi sebab malas guna je blender)hehe
3.       Lepas tu, masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam mangkuk besar dan masukkan bahan-bahan yang diayak tadi ke dalam mangkuk besar, then gaul hingga sebati..
4.       Lepas tu masukkan ke dalam Loyang,untuk taknak bagi kek melekat pada Loyang..gunakan plastic macam plastic ais atau wrapper. Nanti senang nak keluarkan kek untuk hias.(^_^)
5.       Then kukus sampai masak, saya takde timimg dia. Juz cucuk kek dengan garpu, if masih ada adunan yang melekat. Means kek tak masak lagi. If tak melekat, yes dah masak (^_^)
6.       If nak guna oven, 180 degree celcius, 45-50 minute, saya suka kukus sebab rasa moist tu lebih

Step-step buat topping:
1.       Potong coklat bar masakan kecik-kecik, then masukkan dalam periuk. Guna double boiler tau, kalau tak hangus coklat tu.
2.       Dah Nampak coklat macam cair tu masukkan susu cair n coklat serbuk.
3.       Then masukkan susu dan butter
4.       Keluarkan dari periuk then biarkan suam-suam sikit,
5.       After that letakkan topping kat kek tu
6.       Biarkan topping first meresap ke dalam kek then letakkan topping untuk second time.
7.       Biarkan seketika, then letakkan coklat rice or apa-apa sahaja hiasan yang anda suka,


Hasilnya...tadaaa (^_^)
after topping but not yet letak sweet star (^_^)

 
after letak cute star, sorry tercomot.haha

Ok bye (^_^)



2 comments:

Unknown said...

kak sedapnya!

kena try buat ni

Ina Abdullah said...

@nfadz Ishak

Hihi..buat jangan tak buat. Nanti bak sini sikit =)