August 5, 2013

Mak

"Mak, sakit tak lahirkan cik dulu?" soal saya kepada emak untuk mengimbau kembali perasaannya walaupun saya tahu memang sakit melahirkan seorang anak.

"Abang hang menangis waktu tengok isteri dia lahirkan anak," balas emak secara spontan.

Abang saya yang bagi saya begitu garang itu pun menangis melihat isterinya melahirkan anak, perghh! Jelas, sangat sakit di situ!

Jadi, pengajaran, kalau hendak melamar seorang gadis biarlah penuh bermaruah. Sabarlah dengan kerenah mereka kerana kelak dia akan menanggung kesakitan yang kita sendiri pun tidak mampu bayangkan (hanya mampu menangis sahaja). Bertanggungjawablah terhadap cinta yang diberikan kepada mereka. Barulah dinamakan lelaki sejati.

# Mood : Memahami wanita dari ruangan yang halal.

KONGSIKAN SAHAJA JIKA RASA BERMANFAAT, TAK PERLU MINTA IZIN UNTUK STATUS INI.


ambik dari sahabat (^_^)


No comments: