August 17, 2013

Anak Mencarut?

Apakah?

Sangat sangat suka kanak-kanak, dan selalu cari article atau buku berkenaan psikologi kanak-kanak. Dan kadang-kadang gunakan psikologi untuk anak-anak buah sebagai testing, al maklumlah tiada anak lagi. Menggunakan kaedah psikologi lebih effective  daripada menggunakan kekerasan dan dan memukul bukan sahaja mencederakan fikizal malah memberi "kecederaan emosi" untuk tempoh jangka masa yang lama.

Topic ni terjumpa dalam majalah Seri Dewi Keluarga, bagus banyak ilmu baru boleh dapat dapat magazine ni. Tidaklah saya asyik mengadap paper untuk research sahaja.

Anak mencarut? Sering kali masalah ini membuatkan ibu bapa stress dengan masalah kanak-kanak yang suka mencarut. Lebih memalukan apabila berada di khalayak ramai.

So bagaimana cara nak atasi masalah anak-anak yang bermasalah seperti ini.

Ibu bapa contoh yang terbaik
Ibu bapa contoh yang terbaik kepada anak-anak dalam mendidik mereka berkomunikasi. Sebagai ibubapa gunakan bahasa yang baik dalam komunikasi, elakkan dari guna perkataan yang kasar, seperti  “bodoh” dan sebaginya. Jangan marahkan kalau mencarut jika ibubapa pon melakukan perkara yang sama. Teori “ social learning” atau “ modeling” mengatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui pemerhatian. Apa yang dilakukan oleh ibu bapa atau orang sekeliling akan dijadikan ikutan.

Pantau Rancangan TV
Pantau rancangan tv dengan menonton bersama mereka,perhatikan dialog atau perkataan yang digunakan . Mungkin ada perkataan yang sesuai contoh “tak guna”. Sebagai ibu bapa atau orang dewasa terangkan kepada mereka perkataan itu tidak sesuai digunakan dan jelaskan secara terperinci serta contoh agar mereka memahami.

Pihak berwajib memainkan peranan
Oleh sebab banyak rancangan kartun alih suara yang menggunakan bahasa yang tidak sesuai, pihak berwajib perlulah membendung perkara ini, bagi mengelakkan anak-anak terpengaruh

Terapkan nilai keagamaan dalam pertuturan
"Kanak-kanak yang baru lahir itu adalah fitrah, ibu bapalah yang mencorak"
Mulakan hari hari dengan perkataan dan pertuturan yang baik. Mulakan dengan bismillah, melalui cara ini anak-anak akan  mengikuti perbuatan baik itu. kalau ibu bapa suka mencarut, maka tidak mustahil anak-anak pun akan mengikut perkara yang sama.

Kawal pergaulan anak-anak
Pantau pergaulan anak-anak kita, Kadang-kadang ibu bapa tidak mencarut, tiba-tiba anak balik rumah mencarut. Silalah pantau mungkin pengaruh dari kawan-kawan yang suka mencarut. Bendung perkara ini dari awal agar tidak menjadi kebiasaan pada anak-anak. Melentur buluh biar dari rebungnya.

anak mummy,^^


Moga Allah mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan bakal menjadi asset untuk Ummah  insha Allah. (^_^)

#pray for Egypt#


No comments: