August 16, 2013

Jom Tulis Impian Kita (^_^)

Wow!



Saya hanya menulis impian saya ketika di zaman sekolah rendah  sahaja, apabila impian sudah tercapai, saya lupa untuk menulis impian bila mana sudah besar ni. Saya mula start menulis impian saya apabila mula terfikir perkongsian dari Naqibah saya. (^_^)

Semua orang Berjaya bermula dari matlamat, kebanyakan penulisan yang saya jumpa mostly buku dari barat. But it should be ok, cara mencari siapakah tokoh-tokoh Islam yang mempunyai matlmat. Of course our qudwah hasanah Rasulullah S.A.W, siapa-siapa yang ada sumber lain mohon share dengan saya.

Saya terjumpa kisah di mana Impian Sultam Muhammad Al-Fateh yang mana merancang untuk menawan Kota Constantinople, dalam umurnya yang masih muda. Beliau menjadi sultan yang hebat  pada 18 February 1451 dan Berjaya menawan Kota Constantinople dengan gema takbir dari pasukan tentera Islam pada 29 Mei 1451. Sejarah tercipta, kata-kata Nabi menjadi reality setelah 800 tahun lalu. Pada 1 Jun 1451, solat Jumaat pertama di Kota Constantinople diadakan  di Masjid aya Sofia, sebuah gereja yang dijadikan Masjid.

Subhanallah hebatkan? 
Nak tahu lebih lanjut siapakan Sultan Muhammad Al Fateh bolehkan cari buku or google tentang tokoh yang hebat ini. Banyak lagi tokoh-tokoh Islam yang mempunyai matlamat yang besar di mana menjadikan Islam tunjang utama dan Allah yang pertama.

Ok  jom kembali kepada matlamat, berapa orangkah di antara kita yang mempunyai matlamat? Dan berapa orangkah yang menulis matlamat mereka?

Tetapi ramai yang tidak menetapkan dan menulis matlamat mereka. Mereka fikir matlamat itu tidak penting, Mereka merasakan matlamat itu tidak penting dan dan tahu untuk menetapkan matlamat.
Matlamat adalah jelas, bertulis dan specific. Ia boleh diukur dan anda tahu bila anda akan mencapainya atau tidak.

Mereka takut  gagal untuk capai matlamat,takut orang ketawakan dan macam-macam. Jika ingin ceritakan impian @matlamat anda kepada orang lain, ceritakan dengan org terdekat dan rahsiakan matlamat yang ditetapkan. (^_^)

Why kena tulis?

Setiap kali kita tulis matlamat, kita kan lebih focus untuk capai matlamat. Hari-hari tulis dan revise matlamat kita makin kuat menyerap ke minda bawah sedar.

Kajian yang dibuat di Universiti Havard di antara tahun 1979  dan 1979, pada tahun 1979, graduan Havard ditanya.

“Adakah anda menetapkan matlamat yang jelas  dan bertulis untuk masa depan dan membuat perancangan bagi mencapainya?”

3 %: graduan menulis dan merancang matlamat
13%: mempunyai matlamat dan tidak tulis
84%: langsung tiada matlamat dan tidak menulis matlamat.
Selepas sepuluh tahun, penyelidik menemuduga balik graduan yang sama. Dan resultnya:

13 % graduan yang mempunyai matlamat tetapi tidak menulis matlamat mempunyai pendapatan secara purata 2 kali ganda daripada 84% yang tidak mempunyai matlamat langsung. 3% graduan yang menulis dan mempunyai matlamat hidup yang jelas secara purata pendapatan sepuluh kali ganda dibandingkan baki 97% graduan keseluruhannya.

Contoh matlamat:

Nak dapatkan master dalam masa 2 tahun (2013-2015)
-kena study paper
-jumpa supervisor
-study cara analysis

Kita membuat perancangan dan Allah juga merancang untuk kita.
“Allah tidak akan membantu sesuatu kaum itu melainkan mereka berusaha untuk lebih baik”

Jom tuliskan matlamat anda,
Buat pelan untuk mencapainya dan laksanakan plan anda setiap hari.
Matlamat utama, mardhotillah (^_^)

Source:
Majalah Q&A isu 15

Majalah Gen Q  isu 23

ina abdullah

No comments: