"Abang..dah lewat ni cepat solat maghrib". Namun kanak-kanak berumur 7 tahun itu masih mengadap laptop.
Mungkin ramai ibubapa yang mengalami masalah apabila anak-anak liat untuk solat. Namun saya sangat kagum dengan anak bos saya. Dia bukanlah Ustazah dan suaminya pula bukanlah ustaz. Namun anak-anaknya sangat menjaga solat, walaupun nakal sikit, biasalah kan kanak-kanak.
Semalam anak bos darjah dua or tiga kot bangun dari tidur dan menangis, saya expect biasalah kanak-kanak tidur after asar sampai maghrib mamai sikit kan. Rupanya dia menangis sebab dia dah terlepas solat asar dan magrib. bersungguh-sungguh dia menangis kerana terlepas solat asar dan maghrib. Allahurabbi hebat sekali anak kecil ini. Puas dipujuk ayahnya, Bukan menangis sebab tak dapat main games. Tapi sebab tertinggal solat tanpa disengajakan. Begitu juga dengan abangnya darjah 6 kot,
tapi orang yang dah dewasa tak rasa malukah malas solat ?yang kubur sudah memanggil-manggil tapi masih culas dalam solatnya. Peringatan untuk diri saya juga.
Dan doa yang disarankan agar anak-anak kita menjadi generasi yang membina solat dalam diri.
Doa agar Istiqamah menunaikan solat
"Tuhanku jadikanlah aku hamba yang menjaga solat dan begitu juga dengan zuriat keturunanku,wahai tuhan kami terimalah doa ini" (surah Ibrahim 14: 40)
Jom sama-sama amalkan doa ini agar zuriat kita akan menjadi generasi celik al-quran dan menjaga solatnya. Insyallah, yang belum kahwin mulalah berdoa dari sekarang dan jagalah solat sebaik mungkin. yang dah ada anak masih belum terlambat.
Doa dari ustaz yang pernah saya dengar juga,
" Ya Allah kurniakanlah aku zuriat dan keturunan yang cintakan majlis ilmu dan istiqamah dengan solat jemaah"
![]() |
moga anak mummy rajin solat ^^ |
Selamat beramal, semoga kita terus istiqamah melakukan ibadah, wallahualalam. (^_^)
2 comments:
blh mintk petua ngan dia tu...
@Ismarizal Ismail
insyallah, nati tanya bos (^_^)
Post a Comment