June 11, 2013

Pre marriage


Alhamdulillah setelah 2 hari Berjaya completekan kursus pra perkahwinan anjuran Akademi pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM dan Jabatan Islam Selangor (JAIS).

Yes..saya dah boleh kahwin,
But not now..insyallah sOon.. (>,<)

A lots of thing that I get about marriage knowledge.
Setiap orang nak kahwin mesti sekali seumur hidup akan melalui kursus ini, kalau yang dah kahwin nak join lagi kursus ni pun lagi bagus kot, refresh balik kan.

Mungkin macam tiada apa yang nak di share sangat, sebab mana-mana kursus kahwin pon macam lebih kurang sama je pembawakannya.Tapi sekiranya ada kebaikan silalah ambil, kerana kebaikan itu datangnya dari Allah, yang poyo2 dari saya tu sila ignore it. ^^

Antara yang saya dapat, saya juz petik point-point yang saya rasa good la.

Penting untuk kita kita pastikan akidah kita dan pasangan akidah yang betul, jgn terpesong dari yg sepatutnya. Bimbang juga takut-takut akidahnya terpesong, nauzubillah.




“Perkahwinan itu ibarat perlayaran yang memerlukan al- Quran dan as-sunnah sebagai panduan supaya ianya tidak karam di lautan”

Proses Pemilihan Pasangan

Rasanya bab ini semua orang sudah sedia maklum, banyak dah kot perkongsian tentang perkara ini. Tanggungjawab seorang bapa untuk anaknya, mencari ibu yang baik untuk bakal-bakal zuriatnya.  Istikarah dan istisyarah sebagai mana yang dianjurkan oleh Islam.
Menjaga adab-adab dan akhlak sebelum berkahwin dan di dalam proses pertunangan. Jangan pernah kita menjadikan cinta itu yang fitrah itu menjadi fitnah.

Jangan mulakan CINTA dengan kemaksiatan, dikhuatiri akan mendatangkan mudarat pada masa akan datang (selepas berkahwin) dan kepada generasi akan datang.

Mahukan kita anak-anak nanti mewarisi kemaksiatan ibu bapanya? Nauzubillah


Pesanan untuk diri, sahabat-sahabat dan adik-adik jagalah cinta itu untuk orang yang selayakknya. Binalah peribadi diri muslim sebaiknya.

“ Jika kita bermujahadah menghindarkan perkara haram dan dimurkai Allah, insyallah Allah akan mempermudahkan kita mendapatkan jalan yang halal dan diredhai Allah. "

Peminangan dan pertunangan

Peminangan adalah menyatakan keinginan berkahwin oleh seorang  lelaki kepada perempuan yang diharuskan berkahwin mengikut syarak. Setelah peminangan itu diterima dan sementara menanti masa perkahwinan , maka tempoh tersebut dikenali sebagai tempoh pertunangan. Ianya juga adalah perjanjian untuk berkahwin, dan mesti menjaga batas pergaulan sepanjang tempoh pertunangan.

Pertunangan juga membolehkan pasangan lebih mengenali antara satu sama lain dan juga family kedua-dua belah pihak.

Ingat!
Islam melarang seorang lelaki meminang seseorang perempuan yang sudah bertunang dengan lelaki lain selama mana pertunangannya masih berkekalan tanpa keizinan tunangnya. Jadi jadi meminang di atas pinangan orang lain. (^_^)

Solat

Penting untuk mengetahui pasangan kita itu jenis orangnya menjaga solat ataupun tidak, seandainya solat pun tak boleh jaga macam mana nak jaga isteri dan anak? Ustaz pesan cari suami or isteri yang perbanyakkan solat, kerana bila banyak solatnya, banyak sujudnya, maka makin dekat dirinya dengan Allah s.w.t.

Amalkan untuk jaga solat berjemaah, bila mana tiada amalan solat dalam rumah inilah antara punca hilangkan hormat isteri kepada suami, dan hilangnya kepercayaan suami kepada isteri. Rata-rata masalah rumahtangga yang dilaporkan adalah kerana suami dan isteri tidak menjaga solat.

Bilamana suami menjadi imam dan isteri menjadi makmuk rasa hormat dan percaya antara satu sama lain dapat dibentuk. Jangan lupa untuk mendidik anak-anak tentang solat dan Al-Quran.

Pengurusan Emosi

Ini bukan saya cakap, tapi ustaz cakap ok,..suami kena bersedia  dari sudut emosi untuk menjadi pendengar yang baik kerana perempuan memang lumrahnya sentiasa ingin meluahkan dan bercerita.So layan jelah.,

Then tips, untuk mengelakkan suami membawa stress bekerja ke rumah. If otw balik kerja tu rasa tension dan stress, jgn balik ke rumah dulu dikhuatiri kita akan melempias stress itu kpd isteri dan anak2, so then pergi dulu ke masjid solat, doa pada Allah diberikan ketenangan hati. Then baru balik rumah ^^

Belajar untuk menerima pasangan seadanya, kerana orang yang bakal menjadi pasangan kita itulah orang yang akan kita share segala-galanya.  Berterus terang dan jujur itu lebih baik.

Gunakan panggilah yang baik-baik untuk suami Isteri, kalau boleh panggilan tu kita seorang je boleh panggil, Ustaz Haslin pernah berkongsi, amat rugilah kalau suami tidak memanggil isterinya dengan panggilan sayang. Kalau tak sapa lagi nak panggil guna panggilan tu. Sebelum kahwin bukan main lagi panggil sayang, darling, baby..erk, geli pulak den.haha, lepas kawen nak sebut I love u pun tersangkut-sangkut kat kerongkong..ustazah Zawiyah yang bagitahu la. (>.<)

Bersabarlah dengan karenah anak-anak (dan juga anak kucing)=..="


Rasulullah dan isteri contoh terbaik untuk keluarga bahagia, sepanjang sesi meskipun berlainan penceramah, tetapi dorang suka sebut pasal ni. Sifat romatik Rasulullah,iaitu before  tidur Rasullulah akan mendepakan tangan untuk membiarkan Isteri tidur di lengannya, alahai sweetnya Rasulullah. Kajian yang dibuat oleh  barat menyatakan isteri yang tidur di lengan suaminya lebih tenang dan kurang stressnya.

Kewangan

Financial management sangat penting dalam perkahwinan, kerana pada zaman yang serba memerlukan duit ini menuntut untuk kita bijak dalam menguruskan wang meski belum kahwin sekalipun.

Saya ni mmg jenis fail bab-bab financial management, but ongoing untuk improve la. Sebaik-baiknya dari gaji bulanan kita 10% kita buat saving, simpan dalam bank yg macam susah sikit kita nak amek. Meskipun diriku ini belum lagi bekerja.huhu. Then perlunya juga penyucian harta, mengeluarkan ZAKAT.

Formula financial management
Cariàkumpul à protection àagihah à penyucian (zakat)

Komunikasi

Saya sangat suka bab komunikasi, rasa macam unik sangat komunikasi ni. Kadang-kadang komunikasi itu berlaku meskipun tanpa pertuturan.

3 perkara yang penting dalam komunikasi , meskipun ianya simple. Tapi besar impaknya.
Terima kasih, minta tolong, minta maaf…just simple right?

Cubalah untuk perbaiki perhubungan komunikasi meskipun belum berkahwin, kalau saya bab komikasi lelaki perempuan  saya suka baca buku antaranya men are from mars, women from venus, why man do not listen dan women cannot read map dan sebagainya.

Kesihatan

This also important part. Kesedaran untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga. Sebelum berkahwin dan lebih-lebih lagi selepas kahwin jagalah sebaiknya. Makan bukan main bedal je semuanya, jangan malas untuk bersenam dan melakukan aktiviti harian. Paling malas pun buatla something yang boleh kita berpeluh, naik tangga tak payah guna lif ke, kemas rumah, memasak, itu pon boleh membakar kalori. Kalau saya berjogging pon  ok kot, seronok pon ada. Sentiasa peka dengan berat badan, jangan overweight dikhuatiri timbul masalah kesihatan yang lain.

Kepentingan untuk merancang family, kesediaan pasangan untuk menerima baby juga penting. Kerana ianya melibatkan psikologi si ibu senadainya tidak bersedia untuk menerima baby. Dan pentingnya untuk ada support suami.

Please say no to smoking, saya memang tak suka lelaki smoking. Orang  sekeliling yang tak merokok yang menyedut asap rokok lebih teruk effect dari perokok, dan menjejaskan baby dalam kandungan if ibu dan bapa smoking.

Selidiki penyakit pasangan terlebih dahulu, jika ada penyakit kronik atau penyakit genetic yang serius yang memerlukan kaunseling genetic.

Dan penting untuk seorang isteri dan ibu menyediakan makanan yang baik dan sihat untuk family especially untuk anak-anak yg dalam proses tumbesaran.
Anak-anakku maaf kerana anda tidak akan dibenarkan makan fast food, (^_^).

Oh , Mertuaku

Wah, ini part yang best jugak..hehe
Berkahwin dengan pasangan that means kahwin dengan family nya jugak. Untuk mengelakkan masalah  dgn mentua sayangi mertua sebagaimana kita menyayangi mak ayah kita. Mertua is also our parent, adik-adik pasangan adik kita juga, jadi kena berlaku adil untuk semua pihak. If sekarang adik ada 2 orang je, after kawen maybe adik kita bertambah menjadi 7 mungkin. Mak ada 2, ayah pun ada 2.

 Best apa big family orang kata.Orang lelaki kena be fair antara mak dan isteri. Isteri kena ingat syurga suami terletak pada ibunya, jadi kenalah berusaha untuk menjadi isteri dan menantu yang baik..huhu, dalam situasi sebenar diriku belum pasti bagaimana. It’s ok it also learning process right. ^^




Saya bertuah juga dapat jumpa seorang kakak, sebaya kakak saya mungkin memandangkan time tu saya memang tak de geng.. sedey tak?..sobs3

Time lunch, akak tu banyak bercerita tentang berbagai perkara.

“Ina bila nak kahwin ni”

Tetiba macam nasi kat kerongkong ni macam stop kejap..krik krik
“Err..tak tau lagi kak, sebab ina masih nak continue Master kak”  saya tersengih-sengih disitu.
“Ina tahu kawan-kawan akak yang master ramai yang score and dapat ANC mostly yang dah berkahwin. Maybe sebab dorang termotivated dengan husband, wife and anak-anak. Perkahwinan itu memberi ketenangan dan macam ustaz cakap tadi mempertingkatkan iman kita. Ina dah ada calon? Kalau ada baik dipercepatkan, jgn jadi mcm certain ni..sibuk mengejar master dan PHD sampai tak memikirkan hal perkahwinan”

Saya terfikir sejenak..kahwin time belajar? Dengar macam best, but the reality I don’t know yet.

“Calon? err..alamak adakah bila sambung Master dan PHD menyebabkan proses perkahwinan itu berlaku lambat?oh tidak boleh dibiarkan,dush!” ceh konon bermonolog dalaman.he3

Bagi pendapat saya tidak salah untuk berkahwin semasa belajar, tetapi depends pada individu kerana ianya juga melibatkan tanggungjawab dan komitmen. Moga Allah merahmati dan memberkati sahabat-sahabat yang kahwin semasa masih belajar ^^

“Ina pesan akak jangan dilambatkan perkahwinan tu” Akak tu bersungguh-sungguh memberi pesanan
“err..insyallah kak, doakan. Akak pun sama ye” mampu tersenyum .

Rasanya setakat ini dulu untuk perkongsian ini, moga yang baik itu datangnya dari Allah, yang kurang dan terpoyo-poyo tu kelemah dirik ini yang bergelar Abdullah.

Sahabat-sahabat jangan ditanya bila saya nak kawen ye, tapi doakanlah saya cepat kawen dan melahirkan pewaris yang bermanfaat kepada Islam.
Jazakallah (^_^)

P/s : jangan ditanya bila saya akan berkahwin, tapi doakan moga cepat kahwin ye.weee


(Sorry yee campur English & BM, dalam proses memantapkan English)

5 comments:

Unknown said...

waahh baguih2.. semoga kak dijodohkan dengan lelaki soleh dan mempunyai pegangan akidah yang teguh.. huhu

Ina Abdullah said...

@Ika Sean

Insha Allah (>.<)

faiz fz said...

Aminn... =)

faiz fz said...

Aminn.. =)

Ina Abdullah said...

@faiz fz

Moga Allah mempermudahkan urusan awk =)