Alhamdulillah setelah 2 hari
Berjaya completekan kursus pra perkahwinan anjuran Akademi pengajian Islam
Kontemporari (ACIS) UiTM dan Jabatan Islam Selangor (JAIS).
Yes..saya dah boleh kahwin,
But not now..insyallah sOon..
(>,<)
A lots of thing that I get about
marriage knowledge.
Setiap orang nak kahwin mesti
sekali seumur hidup akan melalui kursus ini, kalau yang dah kahwin nak join
lagi kursus ni pun lagi bagus kot, refresh balik kan.
Mungkin macam tiada apa yang nak
di share sangat, sebab mana-mana kursus kahwin pon macam lebih kurang sama je
pembawakannya.Tapi sekiranya ada kebaikan silalah ambil, kerana kebaikan itu
datangnya dari Allah, yang poyo2 dari saya tu sila ignore it. ^^
Antara yang saya dapat, saya juz
petik point-point yang saya rasa good la.
Penting untuk kita kita pastikan
akidah kita dan pasangan akidah yang betul, jgn terpesong dari yg sepatutnya.
Bimbang juga takut-takut akidahnya terpesong, nauzubillah.
“Perkahwinan itu
ibarat perlayaran yang memerlukan al- Quran dan as-sunnah sebagai panduan
supaya ianya tidak karam di lautan”
Proses Pemilihan Pasangan
Rasanya bab
ini semua orang sudah sedia maklum, banyak dah kot perkongsian tentang perkara
ini. Tanggungjawab seorang bapa untuk anaknya, mencari ibu yang baik untuk bakal-bakal
zuriatnya. Istikarah dan istisyarah
sebagai mana yang dianjurkan oleh Islam.
Menjaga
adab-adab dan akhlak sebelum berkahwin dan di dalam proses pertunangan. Jangan
pernah kita menjadikan cinta itu yang fitrah itu menjadi fitnah.
Jangan mulakan CINTA
dengan kemaksiatan, dikhuatiri akan mendatangkan mudarat pada masa akan datang
(selepas berkahwin) dan kepada generasi akan datang.
Mahukan kita anak-anak nanti mewarisi kemaksiatan ibu
bapanya? Nauzubillah
Pesanan untuk diri,
sahabat-sahabat dan adik-adik jagalah cinta itu untuk orang yang selayakknya.
Binalah peribadi diri muslim sebaiknya.
“ Jika kita bermujahadah
menghindarkan perkara haram dan dimurkai Allah, insyallah Allah akan
mempermudahkan kita mendapatkan jalan yang halal dan diredhai Allah. "
Peminangan dan pertunangan
Peminangan adalah menyatakan
keinginan berkahwin oleh seorang lelaki
kepada perempuan yang diharuskan berkahwin mengikut syarak. Setelah peminangan
itu diterima dan sementara menanti masa perkahwinan , maka tempoh tersebut
dikenali sebagai tempoh pertunangan. Ianya juga adalah perjanjian untuk
berkahwin, dan mesti menjaga batas pergaulan sepanjang tempoh pertunangan.
Pertunangan juga membolehkan
pasangan lebih mengenali antara satu sama lain dan juga family kedua-dua belah
pihak.
Ingat!
Islam melarang seorang lelaki
meminang seseorang perempuan yang sudah bertunang dengan lelaki lain selama
mana pertunangannya masih berkekalan tanpa keizinan tunangnya. Jadi jadi
meminang di atas pinangan orang lain. (^_^)
Solat
Penting untuk mengetahui pasangan
kita itu jenis orangnya menjaga solat ataupun tidak, seandainya solat pun tak boleh
jaga macam mana nak jaga isteri dan anak? Ustaz pesan cari suami or isteri yang
perbanyakkan solat, kerana bila banyak solatnya, banyak sujudnya, maka makin
dekat dirinya dengan Allah s.w.t.
Amalkan untuk jaga solat
berjemaah, bila mana tiada amalan solat dalam rumah inilah antara punca
hilangkan hormat isteri kepada suami, dan hilangnya kepercayaan suami kepada
isteri. Rata-rata masalah rumahtangga yang dilaporkan adalah kerana suami dan
isteri tidak menjaga solat.
Bilamana suami menjadi imam dan
isteri menjadi makmuk rasa hormat dan percaya antara satu sama lain dapat
dibentuk. Jangan lupa untuk mendidik anak-anak tentang solat dan Al-Quran.
Pengurusan Emosi
Ini bukan saya cakap, tapi ustaz cakap ok,..suami kena
bersedia dari sudut emosi untuk menjadi
pendengar yang baik kerana perempuan memang lumrahnya sentiasa ingin meluahkan
dan bercerita.So layan jelah.,
Then tips, untuk mengelakkan
suami membawa stress bekerja ke rumah. If otw balik kerja tu rasa tension dan
stress, jgn balik ke rumah dulu dikhuatiri kita akan melempias stress itu kpd
isteri dan anak2, so then pergi dulu ke masjid solat, doa pada Allah diberikan
ketenangan hati. Then baru balik rumah ^^
Belajar untuk menerima pasangan
seadanya, kerana orang yang bakal menjadi pasangan kita itulah orang yang akan
kita share segala-galanya. Berterus
terang dan jujur itu lebih baik.
Gunakan panggilah yang baik-baik
untuk suami Isteri, kalau boleh panggilan tu kita seorang je boleh panggil,
Ustaz Haslin pernah berkongsi, amat rugilah kalau suami tidak memanggil
isterinya dengan panggilan sayang. Kalau tak sapa lagi nak panggil guna
panggilan tu. Sebelum kahwin bukan main lagi panggil sayang, darling,
baby..erk, geli pulak den.haha, lepas kawen nak sebut I love u pun
tersangkut-sangkut kat kerongkong..ustazah Zawiyah yang bagitahu la.
(>.<)
![]() |
| Bersabarlah dengan karenah anak-anak (dan juga anak kucing)=..=" |
Rasulullah dan isteri contoh
terbaik untuk keluarga bahagia, sepanjang sesi meskipun berlainan penceramah,
tetapi dorang suka sebut pasal ni. Sifat romatik Rasulullah,iaitu before tidur Rasullulah akan mendepakan tangan untuk
membiarkan Isteri tidur di lengannya, alahai sweetnya Rasulullah. Kajian yang
dibuat oleh barat menyatakan isteri yang
tidur di lengan suaminya lebih tenang dan kurang stressnya.
Kewangan
Financial management sangat penting dalam perkahwinan, kerana
pada zaman yang serba memerlukan duit ini menuntut untuk kita bijak dalam
menguruskan wang meski belum kahwin sekalipun.
Saya ni mmg jenis fail bab-bab financial management, but
ongoing untuk improve la. Sebaik-baiknya dari gaji bulanan kita 10% kita buat
saving, simpan dalam bank yg macam susah sikit kita nak amek. Meskipun diriku
ini belum lagi bekerja.huhu. Then perlunya juga penyucian harta, mengeluarkan
ZAKAT.
Formula financial management
Cariàkumpul
à protection àagihah à penyucian (zakat)
Komunikasi
Saya sangat suka bab komunikasi, rasa macam unik sangat komunikasi
ni. Kadang-kadang komunikasi itu berlaku meskipun tanpa pertuturan.
3 perkara yang penting dalam komunikasi , meskipun ianya
simple. Tapi besar impaknya.
Terima kasih, minta tolong, minta maaf…just simple right?
Cubalah untuk perbaiki perhubungan komunikasi meskipun belum
berkahwin, kalau saya bab komikasi lelaki perempuan saya suka baca buku antaranya men are from
mars, women from venus, why man do not listen dan women cannot read map dan
sebagainya.
Kesihatan
This also
important part. Kesedaran untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga. Sebelum
berkahwin dan lebih-lebih lagi selepas kahwin jagalah sebaiknya. Makan bukan
main bedal je semuanya, jangan malas untuk bersenam dan melakukan aktiviti
harian. Paling malas pun buatla something yang boleh kita berpeluh, naik tangga
tak payah guna lif ke, kemas rumah, memasak, itu pon boleh membakar kalori.
Kalau saya berjogging pon ok kot,
seronok pon ada. Sentiasa peka dengan berat badan, jangan overweight dikhuatiri
timbul masalah kesihatan yang lain.
Kepentingan
untuk merancang family, kesediaan pasangan untuk menerima baby juga penting.
Kerana ianya melibatkan psikologi si ibu senadainya tidak bersedia untuk
menerima baby. Dan pentingnya untuk ada support suami.
Please say
no to smoking, saya memang tak suka lelaki smoking. Orang sekeliling yang tak merokok yang menyedut
asap rokok lebih teruk effect dari perokok, dan menjejaskan baby dalam
kandungan if ibu dan bapa smoking.
Selidiki
penyakit pasangan terlebih dahulu, jika ada penyakit kronik atau penyakit
genetic yang serius yang memerlukan kaunseling genetic.
Dan penting
untuk seorang isteri dan ibu menyediakan makanan yang baik dan sihat untuk
family especially untuk anak-anak yg dalam proses tumbesaran.
Anak-anakku
maaf kerana anda tidak akan dibenarkan makan fast food, (^_^).
Oh , Mertuaku
Wah, ini
part yang best jugak..hehe
Berkahwin
dengan pasangan that means kahwin dengan family nya jugak. Untuk mengelakkan
masalah dgn mentua sayangi mertua
sebagaimana kita menyayangi mak ayah kita. Mertua is also our parent, adik-adik
pasangan adik kita juga, jadi kena berlaku adil untuk semua pihak. If sekarang
adik ada 2 orang je, after kawen maybe adik kita bertambah menjadi 7 mungkin. Mak
ada 2, ayah pun ada 2.
Best apa big family orang kata.Orang lelaki kena be fair
antara mak dan isteri. Isteri kena ingat syurga suami terletak pada ibunya,
jadi kenalah berusaha untuk menjadi isteri dan menantu yang baik..huhu, dalam
situasi sebenar diriku belum pasti bagaimana. It’s ok it also learning process
right. ^^
Saya bertuah juga dapat jumpa seorang kakak, sebaya kakak
saya mungkin memandangkan time tu saya memang tak de geng.. sedey tak?..sobs3
Time lunch, akak tu banyak
bercerita tentang berbagai perkara.
“Ina bila nak kahwin ni”
Tetiba macam nasi kat kerongkong
ni macam stop kejap..krik krik
“Err..tak tau lagi kak, sebab ina masih nak continue Master kak” saya tersengih-sengih disitu.
“Ina tahu kawan-kawan akak yang master ramai yang score and dapat ANC
mostly yang dah berkahwin. Maybe sebab dorang termotivated dengan husband, wife
and anak-anak. Perkahwinan itu memberi ketenangan dan macam ustaz cakap tadi
mempertingkatkan iman kita. Ina dah ada calon? Kalau ada baik dipercepatkan,
jgn jadi mcm certain ni..sibuk mengejar master dan PHD sampai tak memikirkan
hal perkahwinan”
Saya terfikir sejenak..kahwin
time belajar? Dengar macam best, but the reality I don’t know yet.
“Calon? err..alamak adakah bila sambung Master dan PHD menyebabkan
proses perkahwinan itu berlaku lambat?oh tidak boleh dibiarkan,dush!” ceh
konon bermonolog dalaman.he3
Bagi pendapat saya tidak salah
untuk berkahwin semasa belajar, tetapi depends pada individu kerana ianya juga
melibatkan tanggungjawab dan komitmen. Moga Allah merahmati dan memberkati
sahabat-sahabat yang kahwin semasa masih belajar ^^
“Ina pesan akak jangan dilambatkan perkahwinan tu” Akak tu
bersungguh-sungguh memberi pesanan
“err..insyallah kak, doakan. Akak pun sama ye” mampu tersenyum .
Rasanya setakat ini dulu untuk
perkongsian ini, moga yang baik itu datangnya dari Allah, yang kurang dan
terpoyo-poyo tu kelemah dirik ini yang bergelar Abdullah.
Sahabat-sahabat jangan ditanya
bila saya nak kawen ye, tapi doakanlah saya cepat kawen dan melahirkan pewaris yang
bermanfaat kepada Islam.
Jazakallah (^_^)
P/s : jangan ditanya bila saya akan berkahwin, tapi doakan moga cepat
kahwin ye.weee
(Sorry yee campur English & BM, dalam proses memantapkan English)


5 comments:
waahh baguih2.. semoga kak dijodohkan dengan lelaki soleh dan mempunyai pegangan akidah yang teguh.. huhu
@Ika Sean
Insha Allah (>.<)
Aminn... =)
Aminn.. =)
@faiz fz
Moga Allah mempermudahkan urusan awk =)
Post a Comment