June 3, 2013

Ramadhan dan tudung^^

Repost- Pre Ramadhan (>.<)

Salam sahabat-sahabat,

Selamat menyambut  Ramadhan,semoga kita diredhai dan diberkati Allah.

Dan Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita.

Alhamdullilah Allah mengizinkan kita untuk berada di bulan yang penuh Barakah ini.


cc:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=346926155357323&set=a.120010574715550.23418.113886428661298&type=3&theater

Tetiba keluar pic ni?

hehehe...

Sebenarnya..saya tahu ramai sahabat-sahabat dekat luar sana memang ada keinginan untuk memakai tudung yang besar sedikit or labuh.
Namun tiada kekuatan,malu,nanti apa orang cakap,berlagak baik dan macam-macam.

Mencari kesempurnaan dalam menutup aurat bukan bermakna untuk tunjuk baik atau jadi ustazah bagai,tetapi ingin menjadi lebih baik dan mencari redha Allah..tak gitu?^^

Bukan sahaja dalam menutup aurat tapi juga dalam melakukan hal-hal kebaikan^^

Kepada sahabat-sahabat saya yang ada niat,atau sedang nak berhijrah ke arah yang lebih baik teruskan niat itu.Jangan ditangguh-tangguhkan lagi,bukan apa andai ditangguh-tanggug kita telah melepaskan peluang yang Allah bagi.Peluang dimana Allah telah menyentuh hati kita.

Jangan sampai Allah tarik balik nikmat itu.

Jom semoga di bulan Ramadhan yang barkah ini kita dapat berubah untuk menjadi lebih baik dan seterusnya istiqamah bukan pada bulan Ramadhan sahaja ye^^.

Salam Ramadhan Buat sahabat-sahabat,maaf segala salah silap saya.Maaf juga andai saya tidak menunjukkan contoh muslim yang terbaik kerana saya juga Hamba ALLAH yang biasa yang tak lari dari membuat kesilapan..dan sedang mencuba untuk menjadi yang lebih baik~

No comments: