Permulaan untuk bertudung labuh
dan memahami erti kenapa saya wajib menutup aurat dengan sempurna sememangnya
banyak halangan dan ujiannya. Namun semua itu membuatkan saya lebih yakin
dengan Allah, dan saban hari lebih seronok memahami erti Islam sebenar.
Mungkin sebelum ini saya bukan
dari berlatarbelakang sekolah agama, bukan juga dari family yang
berlatarbelakang agama. Tetapi
Alhamdulillah kini, Allah memberi cahaya Hidayah kepada kami sekeluarga. Inilah
nikmat dan hadiah dari Allah yang menyebabkan saya tidak pernah berhenti untuk
mrngucapkan syukur kepada Illahi.
Apabila sudah mula belajar
memahami apa itu Islam, saya mula ingin mengajak family saya untuk turut sama
merasai nikmat Islam dan Iman yang sebenar.
Tudung pendek, baju pendek,
jeans, komik utopia, lagu rock English yang sememangnya seperti makanan ruji saya
saya tinggalkan sepenuhnya, tetapi lagu English tetap jadi kesukaan saya..hehe
Permulaan perubahan saya
memberikan impak yang besar kepada family. Saya mula mengajak adik-adik ke
surau. Mengikut ayah ke surau,berkongsi ilmu dengan mak dan ayah. Belajar
mengaji, sangat seronok. Perasaan seperti baru dilahirkan semula.
Adik perempuan saya,
Bilamana saya mula menukar imej
saya, menukar cara hidup saya perlahan-lahan, dalam masa yang sama saya turut
ingin bersama dengan adik perempuan saya untuk sama-sama memahami kemanisan
Islam itu dan menutup aurat kami sepenuhnya.
Saya mula membelikan adik saya
baju muslimah, handsock, stoking bagai.
“Mon tau tak best sangat pakai
stoking ni, pakai baju t-shirt muslimah pun cantik tau”.
Saya menghulurkan baju t shirt
muslimah berwarna pink. Harapan saya menggunung, berdoa agar Allah menyentuh
hati saya. Waktu itu dia berada di tingkatan tiga. Kerisauan saya pada adik perempuan
saya mula terasa, kerana saya sudah pernah merasai saat itu, di mana pada usia
ini remaja lebih suka memberontak, suka berkawan dan sebagainya.
“hurm..nantila kak, orang belum
bersedia lagi lah” adik perempuan saya menolak.
“Hurm tak pela gitu, mon simpan dulu
ea baju dan stoking ni. Kalau rasa nak pakai nanti pakai ye” saya hanya mampu
member senyuman. Sedikit kecewa.
Hati terdetik,
“tidak mengapa Ya Allah, saya
akan berusaha lagi, Ya Allah lindungi adik perempuan saya. Saya ada
seorang ni adik perempuan”
Alhamdulillah, result PMR adik
saya cemerlang, dan dia bakal ditukarkan ke MRSM. Hati saya makin dihurung
kerisauan, dia bakal berjauhan dengan kami sekeluarga. Sewaktu mendapat tawaran
untuk ke sekolah agama, dia menolak. Mak saya agak kecewa. Namun saya menenangkan
mak, menyatakan bahawa Allah itu perancang yang terbaik, mencuba juga memujuk
hati sendiri yang kerisauan. Adik saya sememangnya sangat teruja untuk ke MRSM.
Dua bulan adik saya berada di
MRSM.
Adik saya menelefon.
“Kak tau tak, kat sini kami semua
wajib pakai stoking ddengan handsock, kalau tak pakai kena rotan dengan dengan
ustaz.Orang kena hafal quran, wajib turun surau solat. Lepas tu, kalau ada yang
couple kena public wedding depan perhimpunan, eeyy..malu betul” adik saya
bercerita panjang.
“Huh?..peliknya MRSM memang macam
tu eh? Patutnya dekat university pon kena buat macam tu. Tak payah public
wedding, kahwin je terus..hehe” saya berseloroh.
“Kak kat sini ada usrah, best
sangat.err..kak, boleh tak orang nak try pakai tudung labuh? Dah beli
sebenarnya tapi segan la nak pakai,tapi ada sorang kawan orang ni pun dia nak
pakai tudung labuh jugak.krik2”
“Subhanallah. My sister, kenapa
nak malu? Malu menutup aurat atau tak menutup aurat? Kita patut malu kalau tak
menutup aurat tau, pentingkanlah pandangan Allah dari pandangan manusia, be
strong sis you can do it”. Seperti mahu menangis dan memeluk adik saya ketika
itu.
“0k kak, esok orang pakai =)”
Allahurabbi,, terima kasih di
atas jawapan doaMU. Hidayah itu milik Allah. Terima Kasih Ya Allah^^
Perkembangan adik saya dari
semasa saya terus ikuti.
“Sis, how? Best pakai tudung
labuh?”
“WaaH! Best sangat kak, rasa
terjaga, seronok. Tapi sedih, ada budak lagi panggil kami langsir bergerak la,
tudung sajila =”(
“Hehe..tak pe sis, langsir dan
tudung saji tu lebih cun di pandangan
Allah” saya membalas sms adik saya.
“ Terima kasih kak,ngeh22..balik
ni kita cari tudung labuh banyak2 ye kak”
![]() |
| my sister^^ |
Sewaktu cuti semester saya sdan
adik saya mula mengemas baju lama, dan menbuang baju-baju dan tudung-tudung
yang tidak menepati KPI menutup aurat yang digariskan dalam Islam. Kami mula menjahit
tudung labuh sendiri, adik saya potong kain, saya part jahit tudung,hehe.Kami selalu berkongsi tentang Islam, seronok
sangat, mak dan ayah senang hati melihat perubahan kami. Mungkin ada sikap kami
yang masih seperti dulu. Namun itu teknikal, insyallah dalam proses perubahan.
Saya seorang yang agak periang, kelakar. Tetapi adik saya kadang-kadang seorang
yang serius dan agak panas baran sedikit. Tetapi kami mempunyai persamaa
sikap gila-gila.hehe, toink2
Alhamdulillah Ya Allah, terima
kasih Ya Allah. Terima kasih buat Ayah dan mek yang selalu menyokong kami anak
perempuan untuk berubah kearah yang lebih baik, terima kasih belikan kami
tudung labuh. Terima kasih belikan kami jubah.^^
Terima kasih juga buat adik –adik
lelaki yang kadang-kadang menyindir agak pedas, namun sindiran pedas itu
membuatkan diri ini terus istiqamah.
Kepada sahabat-sahabat, adik-adik
yang ingin berubah kearah yang lebih,
jangan pernah ditangguhkan niat itu, kerana syaitan itu tidak pernah lelah
menghalang kita dari berbuat kebaikan
.
![]() |
| jangan pernah takut untuk berubah! |
Kepada mereka yang bergelar kakak
dan abang, tunjukkanlah contoh dan teladan yang terbaik buat adik-adik kita,
kerana kadang-kadang sikap dan tingkahlaku adik ini dipengaruhi oleh kakak dan
abang mereka.
Ya Allah, berilah kebaikan kami
sekeluarga di dunia dan di akhirat, Semoga kami terus istiqamah dan bakal
berkumpul di JannahMu.
![]() |
| Ya Allah bimbinglah kami menuju redhaMU |
Buat adik perempuanku yang sangat
aku sayangi dunia akhirat,
Sis, maafkan kak andai andai
sikap dan tingkahlaku diri kak yang tidak baik menjadi ikutanmu, moga kita
terus istiqamah, menjadi anak yang baik buat mek dan ayah, dan menjadi wanita
solehah,
Kak sayangkan Mon kerana Allah,
tq sis^^
P/s : kini my sis sudah 18 tahun,
tengah menunggu panggilan untuk ke IPTA, doakan semoga dia Berjaya, All da best
sis.



No comments:
Post a Comment