Ayat- ayat yang saya sangat pantang dengar, kalau ada ayat ini saya fire orang tu..heheh
Gurau je..if sahabat-sahabat memerlukan pandangan saya yang daif ini saya tidak pernah nak menyimpan ilmu yang baik untuk dikongsikan, berkongsi ilmu yang baik itu kan bagus^^
Ayat-ayat yang selalu kena fire
" Aku rasa aku tak layak la"
"Aku ni tak pandai, boleh ke aku sambung master"
"Aku tak ada duit nak sambung belajar"
"Aku tak nak fikir pasal kawen lagi la duit tak ada"
"Aku ni dah berumur sangat la, tak layak nak berjaya"
"Dia tu orang hebat, aku ni sapala"
"saya ni tak cantik lah"
HENTIKAN!!
Saya sangat anti dengan orang yang banyak beralasan dari tindakan,
Mungkin sebelum dan sekarang pun ada lagi sikit-sikit, mungkin saya juga salah seorang yang suka memberi alasan. Orang yang suka memberi alasan ini memang tidak akan kemana dan senang saya cakap tidak akan pernah berjaya.
Mencipta alasan ibarat kita telah menyebarkan virus-virus kanser negatif dalam diri kita sendiri tanpa kita sedari dan akhirnya membunuh kita untuk terus berjaya. Bukan itu saja, virus ini akan terus berjangkit kepada orang-orang di sekeliling kita.
Alasan yang anda cipta itu itulah yang anda akan dapat,
"Dah memang family aku miskin, sampai bila-bila pun aku akan tetap mewarisi kemiskinan ini, dah Allah tetapkan"
Kita memberi alasan dan menyalahkan takdir Allah, sedangkan kita tidak pernah berusaha pun.Memang dulu kini dan selamanya kita berada di takuk itulah.
saya sangat tegas dalam situasi sebegini. saya sangat pantang pada orang yang suka mencipta alasan. Ini kerana saya dilatih untuk jangan mencipta dan memberi alasan sebaliknya mencari jalan.
Jika anda ingin menjadi orang yang berjaya, hentikan dari memberi alasan dan berusahalah mencari jalan, kerana Allah tidak pernah mensia-siakan hambanya yang rajin berusaha dan bersyukur.
#mungkin pandangan saya daif, kerana semestinya pandangan Allah itu yang terbaik#
Sekadar perkongsian.
Dr. Kebahagiaan^^
No comments:
Post a Comment