March 24, 2013

Mualimah = cikgu

Today is really sweet memories.....^^

Kebetulan hari jumaat lepas free, so seorang sahabat requesr untuk tolong arrange rumah sukan adik-adik Pasti Smart.
adik faris & adik akil


Saya kena jadi cikgu rumah purple. Semua rumah ada 3, oren,hijau dan purple.

adik razman rumah purple^^


Allahurabbi, pertama kali masuk kelas tengok adik-adik hati ini tenang sekali. Rasa nak peluk je sorang-sorang..hehe, comel sanggattt. Saya memang suka kanak-kanak.

Awal pagi before bersukan, adik-adik akan diberi makan kismis dan kacang. Makanan sunnah Rasulullah, bagus bukan. Kismis boleh mencerdaskan minda. Adik-adik ini juga mengalunkan nama-nama Allah dan berdoa..masyallah, sangat hebat adik-adik ini.

Dekat pasti ni dorang tak panggil cikgu, tapi Mualimah. hehe.. dapat title mualimah sehari. Mualimah rumah purple penuh semangat bagi taujihat kepada geng2 rumah purple.Then dapat no.2,mereka seronok sgt2 dapat hadiah.Mualimah pon dapat hadiah jugak^^

Pusat asuhan yang sebegini yang kini mahukan, menerapkan kefahaman Islam kepada anak-anak sewaktu kecil. Teringat di mana naqibah saya share, Rasulullulah dulu akan memberikan nasihat dan memberitahu tentang Islam kepada anak-anak ketika masih kecil dan di dalam keadaan mereka tengah gembira. Situasi ini menyebabkan kanak-kanak mudah menyerap apa yang disampaikan.

Menjadi tanggugjawab ibubapa memilih tempat yang terbaik untuk anak-anak ini mendapat didikan yang terbaik, especially didikan agama.

Sedikit perkongsian  dari bacaan, seorang lelaki baru sahaja mendapat berita yang isterinya baru disahkan mengandung. Dia sangat gembira dan berjumpa dengan seorang ustaz untuk mendapat nasihat bagi memdidik anaknya yang terbaik.

" kamu sudah terlambat, langkah pertama untuk mendapat anak yang baik kamu haruslah mendapatkan ibu yang baik buat anak kamu"

Perkara pertama yang harus  ditekankan adalah pembentukan peribadi dan akhlak ibu bapa diseawal mereka belum berkahwin lagi. Naqibah saya juga menasihatkan saya agar sentiasa jadikan diri lebih baik, terapkan dalam diri perkara baik-baik. Agar anak-anak yang akan datang anak-anak yang baik dan berakhlak.

Ada ibu bapa menyalahkan anak-anak kerana nakal tidak berakhlak dan sebagainya, namun mereka lupa. Sikap dan akhlak anak itu sebenarnya datang dari ibu bapa mereka. Saya selalu mengingatkan perkara ini kepada mak ayah dan kakak saya. Mungkin saya bukan orang yang sepatutnya bercakap perkara ini. Namun pengalaman besama orang yang lebih tua dan sudah berkahwin dan pembacaan saya membuat saya berfikir jauh tentang kepentingan pembentukan diri Muslim sebelum mendidik anak-anak.

Menjadi tanggugjawab bapa mencari seorang ibu yang baik buat anak-abak yang akan datang dan menjadi tanggungjawab ibu mendapatkan bapa yang baik dan dapat membimbing anak-anak ke jalan Allah.

Sebelum ini saya bercita-cita untuk menjadi guru kerana memikirkan ingin mendidik  anak-anak kecil ini. Namun mungkin saya akan jadi pendidik, tetapi bukan pendidik anak kecil. tetapi saya mendidik bakal-bakal ibu dan bapa mereka. Insyallah pensyarah bidang pilihan saya.

Belajar tentang psikologi kanak-kanak ini sangat seronok. Supaya kita memahami dunia mereka danapa kehendak mereka.Anak-anak yang Allah hadiahkan ibarat kain putih, dan kitalah yang mencorakkan warna-warnanya.

Pesanan untuk diri ini juga, perbanyakkan berdoa dan memohon ampun kepada Allah, agar dosa-dosa kita, perkara buruk yang ada pada diri kita tidak diwarisi oleh zuriat-zuriat yang akan datang. 

Ya Allah bantu dan bimbinglah aku 
menjadi hambaMu yang baik,
Istiqamahkan aku dalam perjuangan,
Jadikan aku anak yang baik buat ibu bapaku,
Isteri yang solehah buat suamiku,
Ibu mithali buat anak-anakku yang akan datang,
Jadikan diriku orang yang akan bermanfaat untuk orang lain.
aminn...^^

No comments: